Thursday, October 22, 2009

Haruskah kami berhenti?......

Diam tak diam, sudah 9 tahun saya berpersatuan kan PERLU dan sekaligus mengenali En. Hisyam B. Che Mat aka Boss. Banyak benda yg saya sudah tempuhi bersama PERLU. Saya sempat kenal siapa yg tubuhkan PERLU, siapa yg buat logo PERLU dan sebagainya. Selepas Magnificent 9 terajui PERLU, mereka mula mengambil ahli baru. Nak tahu bagaimana caranya?...Sesiapa yg perform ketika final camp akan diperhatikan dan diteliti. Mereka di observed sebelum, ketika dan selepas final camp dijalankan. Pada zaman saya diploma, camp dijalankan selama 9 hari, selepas paper akhir final exam. Kemudian, nama yg terpilih akan dipanggil untuk TOT. Selepas TOT, jika kita terpilih untuk menjadi Instructor ke final camp semester berikutnya, kami akan diberikan aktiviti apa yg akan dijalankan dan kena present depan senior PERLU yg lain. Presentation merangkumi penerangan jelas tentang aktiviti, perancangan dan perjalanan aktiviti. Jika salah, kami akan ditegur dan jika ianya betul, mereka akan murnikan lagi dengan idea. Kami terima semuanya walaupun dimarah dan ditegur agak keras oleh mereka. Buku-buku rujukan sentiasa diberikan apabila diminta. Dengan En. Hisyam pun saya pernah pinjam buku rekreasi darinya. Kami tak malu dan segan kerana kami mahukan ilmu. Kelas En. Hisyam selalu kami ikut. Duduk dibelakang, tulis nota semula, bawa tali untuk refreshkan balik ikatan dan macam-macam lagi. Jika En. Hisyam maklumkan kelasnya di mana, kami pasti dtg membantu dan dalam masa yg sama, kami belajar semula. Kami tahu, ilmu-ilmu yg dipelajari ambil masa bertahun untuk betul-betul memahaminya dan cuba masterkannya. Bukannya hanya setakat lepas TOT dan ikut sekali je final camp.
Semasa kami belajar dulu, kami tidak pernah memakai t-shirt PERLU ke kelas. Jika aktiviti kelas yg melibatkan outdoor, kami ikut saja. Ada juga rakan sekelas yang lagi hebat dari kami, tetapi kami hormat dengan kemahiran mereka. Kita sama-sama belajar. Sebab itu, tidak pernah saya dengar org lain benci PERLU pada masa itu. Pensyarah-pensyarah yg 'berkenaan' pun tak kenal kami. Sampai satu ketika, mereka kutuk PERLU di dalam program yg kami ikut, walhalnya, ahli PERLU lah yg menjayakan program tersebut. Kami amalkan sikap low profile, mahu belajar dan dapatkan ilmu-ilmu baru. Pesan En. Hisyam selalu kami ingat, "Don't Be Jack Of All Trade, But Master Of None, Be Jack Of All Trade But Master Of One, Two Or Three Things".... "Jika Ilmu Yang Kamu Tahu Itu Sebesar Buku, Bermakna Sebesar Lautan Lagi Ilmu Yang Kamu Tidak Tahu"..Oleh itu, sentiasalah belajar belajar belajar...
PERLU bermula dengan tiada duit di dalam akaun. Kami cari lubuk-lubuk program untuk tambah duit PERLU. Duit yg diterima dari program, akan disumbangkan sedikit di dalam akaun PERLU. Nak bagi semangat sikit... Kami pernah ikut En. Hisyam buat survey di hutan-hutan lipur Melaka dan Johor. Tambah ilmu dan duit sikit-sikit. Kami pernah membantu PPT buat program untuk anak-anak staf PETRONAS seramai 700 org. Kami potong sedikit elaun kami untuk masukkan ke dalam akaun PERLU.
Saya pernah 'rehatkan' diri dari PERLU, tp saya kembali aktif balik setelah kerja di Shah Alam. Sehingga sekarang, saya masih aktif lagi. Alhamdulillah, setelah bertukar ke UTHM, makin senang nak bantu dan ikut program kerana polisi Universiti harus menolong Universiti yg lain jika perlu. Walaupun dah bergelar ALUMNI PERLU, tetapi tanggungjawab dan rasa terhutang budi dengan En. Hisyam masih menebal. Dia tak pernah lupakan kami. Jika 'jauh', dia akan dekatkan kembali. Kami para ALUMNI PERLU mmg rasa terhutang budi sangat dengan En. Hisyam. Rasanya tak terbalas segala ilmu dan doa yg diberikannya selama ini. Sebab itu jika En. Hisyam minta bantuan, kami segera datang. Kami tidak pernah meminta sebarang bayaran, hanya doakan kami agar berjaya di dalam hidup dan sentiasa ajar kami dengan ilmu-ilmunya. Alhamdulillah, berkat doa dan ilmu yg diberikan oleh En. Hisyam, kami semua berjaya di dalam career masing-masing. Kami membantu En. Hisyam kerana kami faham kekangan yg dihadapi oleh junior-junior PERLU. Tetapi, adakah anda faham dengan kekangan kami? Rasanya tidak..... Hubungan dengan super duper senior PERLU yang lain pun masih terjalin. Walaupun tidak bergiat aktif lagi, dah tak sehaluan lagi dan mempunyai komitmen masing-masing, kami tetap berhubung.
Tetapi sekarang, PERLU senarionya sudah lain.....macam-macam jadinya....Sampai ada yg sanggup cakap baik bubarkan saja PERLU ni.... Saya serta sahabat2 lihat dan rasa betapa payahnya nak bina, kukuhkan PERLU. Senang-senang saja mereka cakap mahu bubarkan PERLU.... Sedih..mmg sedih. Anda tak layak cakap begitu... Takpa, saya berharap sangat MT yg baru ini, akan buat pembaharuan terhadap PERLU, belajar menerima dan memberi, belajar bertanya, dan belajar belajar belajar....
Cuma dalam keadaan sekarang, haruskah kami ALUMNI-ALUMNI PERLU ini berhenti membantu?....MUNGKIN TIDAK....kerana kami semua telah berjanji dengan diri kami sendiri ketika kami masuk PERLU dulu. Selagi daya dan kudrat kami mampu untuk membantu En. Hisyam dan PERLU, kami TIDAK AKAN BERHENTI......
PERLU AKAN DITERUSKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!

27 comments:

PPT said...

Kot yang lama sangat dah kena pencen kot....

yazilahyazir said...

ppt..
i don't think so...heheheh

PPT said...

Atau pun yang pedas berapi...
Baru tenang dunia PERLU..... tiada pembangkang semua pendiam.....

hisyamchemat said...

Perjuangan perlu diteruskan. Promise me that you'll never give up.

Coretan sebegini begitu menarik untuk dikongsi bersama penjenguk yang lain. Saya amat mengharapkan senior-senior yang lain juga turut sama berkongsi pengalaman mereka sepanjang bersama PERLU. Ceritakan pengalaman jatuh bangun anda. Biar dunia tahu. Lagi baik kalau kurangkan penggunaan nama saya. Saya takut... Harap-harap tak adalah coretan yang ditokok tambah. Anyway many thanks, Yazilah.

aboy said...

PERU memang sentiasa dihati...
Pada yang nak bubar tu..
Mungkin anda masih belum cukup mendalami dan menghayati kasih sayang di dalam persatuan ini...

yazilahyazir said...

Salam PPT,
Biarkanlah apa diaorg nak kata or buat...u remain the same k..heheh

Salam Boss...
I promise u with all my heart that i'll never ever give up. Nothing to be scared Boss... We always mention ur name because we want others to know that we really appreciate all the knowledge n skills that u have been teaching us all these years. We really thankful n fortunate to have u as our teacher.
Thanks a lot Boss...

Salam Boy,
Boy sayang PERU ke PERLU?
hehehheh....
betul Boy, diaorg masih tak faham lagi kot, takpe, bagi diaorg masa skit...

hijau bumi Tuhan... said...

sy tidaklah begitu lama dan tak begitu baru dlm PERLU...komitmen yg diberikan sepnjg mnjadi ahli dan seterusnya alumni ni, tidaklah begitu bnyk spt shbt2 lain...namun begitu, PERLU tetap dihati sy...satu2nya persatuan yg sy ada...insyallah, selagi diberi kekuatan, sy akan terus bersama PERLU...ia bnyk merubah persepsi hidup sy kearah yg lebih baik... terima kasih buat semua keluarga PERLU...i luv u all...


salam perjalanan...

sname said...

waaa...
sedihnye!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sayang PERLU sayang boss sayang semua!!!

bangang la sape bt statement bubar tuh..

(halamak..makin hari makin carut lak aku..hahaha
peduli ah)

Lennyek said...

salam..

akak...i still remember the 1st time i met u..that time im still new with Perlu...(Gathering Melaka)

kte rase btuah sbb jmpa family perlu ni..mmg bnyak yag dah belajar..kte pon rase btuah sgt2 sbb dpt merasa zaman bersama alumni2 yg 'kurang siuman'...hehehe..jgn marah..

but i luv u all..u gave me much knwldge in this area..dr xtau ape2..jd tau ape2..

also thnks to boss..bnyak bnda yg sya terima dari boss..insyallah..sya akn turunkan pd yg lain..sya tdak la bnyak ilmu didada..setakat yg mampu..sya cuba membantu..

akak..luv ur story..

yazilahyazir said...

Salam Lan..
Lama juga lan kat PERLU..
Betul lan, selagi kita terdaya, kita support PERLU ye.. mana tau nanti, anak2 kita pulak penyambung hayat PERLU ni... tul tak?

Salam Abey..
Jgn nangis...hehehheh
Kita akan support PERLU sampai bila2 k...

Salam Lenny..
Meeting u also one of the nicest things that happen in my life.. we bond n we're so close..Lenny pun ajar akak banyak benda baru..hehhehe.. Akak pun sayang kat lenny dan adik2 akak yg lain..
hehheheh....

FoO dA fIrSt#1 said...

tissue.... tissue....tissue....

satu 30 sen.....

jual-jual.....

Unknown said...

Shela,

tahniah for the story ni....moga menjadi ikhtibar pada yang lain....terkenang kembali betapa susahnya untuk menjadi ahli PERLU, bertapa susahnya utk menjadi instruktor final camp erlu menghadapi pelbagai ujian sebelum diluluskan sebagai instruuctor final camp....tapi kesusahan itula mengajar erti kehidupan yg akan diharungi sehingga akhir hayat....insyaallah sebagai alumni satu hari saya pasti akan kembali beraktiviti ok shela....huhuhuhu

windu gak dah ni

Anonymous said...

donat! popia! biskut tiger!

20sen satu...

jual.. jual..

hijau bumi Tuhan... said...

aku pun nk jual jugak lah...
air limau, air cincau, air jambu, air tauhu, air sirap kenduri...

satu cawan singgit...jual, jual...mai, mai...


salam perjalanan...

Lennyek said...

mahal la sirap abg lan..kasi la murah ckit..

sposen ke..da la dapat free..nk jual singgit..mrkup byk tuh..

yazilahyazir said...

Salam Ejam..
Mmg bestkan masa time tu...
5 sekawan..hahahhahah
betul ejam, banyak yg kita lalui kat PERLU ni..mmg kenangan la..

yazilahyazir said...

wah.. u all ni ada talent jd tokey pasar malam ni..hahhahahahha
hah..niaga!!! niaga!!! niaga!!!

Anonymous said...

salak manis! gajus! berudu!

3 singgit! 3 singgit! 3 singgit!

boleh try dulu... mari! mari! mariiii!

yazilahyazir said...

eeeeiii...
ada ke org jual berudu..
hahhaha...budu adalah...
hahahhaha

Anonymous said...

baka katak import, kak.. mahal..

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

tolong jangan lari topik buley tak?? korg ni tak stim lah...

teamtact said...

ape plak ustad layan stim....
Astaga...

Anonymous said...

alaaa... kitorang tumpang cari makan je..

Anonymous said...

ustat... aku ada jual sugus... nko nak tak?

Anonymous said...

ustat layan stim? alamak! bontot nko dah baik ke blom?

PPT said...

Komen Yazilah tentang anak-anak kita tu telah menampakkan yang dia akan mengikuti jejak langkah Che Sue ...
Tahniah Yazilah,sapa-sapa nak ikut kena adakan pasport antarabangsa..
Tak percaya ka... Tanya la Shawn.

Unknown said...

sesuatu yang hidup pasti akan mati....