Thursday, October 22, 2009

Haruskah kami berhenti?......

Diam tak diam, sudah 9 tahun saya berpersatuan kan PERLU dan sekaligus mengenali En. Hisyam B. Che Mat aka Boss. Banyak benda yg saya sudah tempuhi bersama PERLU. Saya sempat kenal siapa yg tubuhkan PERLU, siapa yg buat logo PERLU dan sebagainya. Selepas Magnificent 9 terajui PERLU, mereka mula mengambil ahli baru. Nak tahu bagaimana caranya?...Sesiapa yg perform ketika final camp akan diperhatikan dan diteliti. Mereka di observed sebelum, ketika dan selepas final camp dijalankan. Pada zaman saya diploma, camp dijalankan selama 9 hari, selepas paper akhir final exam. Kemudian, nama yg terpilih akan dipanggil untuk TOT. Selepas TOT, jika kita terpilih untuk menjadi Instructor ke final camp semester berikutnya, kami akan diberikan aktiviti apa yg akan dijalankan dan kena present depan senior PERLU yg lain. Presentation merangkumi penerangan jelas tentang aktiviti, perancangan dan perjalanan aktiviti. Jika salah, kami akan ditegur dan jika ianya betul, mereka akan murnikan lagi dengan idea. Kami terima semuanya walaupun dimarah dan ditegur agak keras oleh mereka. Buku-buku rujukan sentiasa diberikan apabila diminta. Dengan En. Hisyam pun saya pernah pinjam buku rekreasi darinya. Kami tak malu dan segan kerana kami mahukan ilmu. Kelas En. Hisyam selalu kami ikut. Duduk dibelakang, tulis nota semula, bawa tali untuk refreshkan balik ikatan dan macam-macam lagi. Jika En. Hisyam maklumkan kelasnya di mana, kami pasti dtg membantu dan dalam masa yg sama, kami belajar semula. Kami tahu, ilmu-ilmu yg dipelajari ambil masa bertahun untuk betul-betul memahaminya dan cuba masterkannya. Bukannya hanya setakat lepas TOT dan ikut sekali je final camp.
Semasa kami belajar dulu, kami tidak pernah memakai t-shirt PERLU ke kelas. Jika aktiviti kelas yg melibatkan outdoor, kami ikut saja. Ada juga rakan sekelas yang lagi hebat dari kami, tetapi kami hormat dengan kemahiran mereka. Kita sama-sama belajar. Sebab itu, tidak pernah saya dengar org lain benci PERLU pada masa itu. Pensyarah-pensyarah yg 'berkenaan' pun tak kenal kami. Sampai satu ketika, mereka kutuk PERLU di dalam program yg kami ikut, walhalnya, ahli PERLU lah yg menjayakan program tersebut. Kami amalkan sikap low profile, mahu belajar dan dapatkan ilmu-ilmu baru. Pesan En. Hisyam selalu kami ingat, "Don't Be Jack Of All Trade, But Master Of None, Be Jack Of All Trade But Master Of One, Two Or Three Things".... "Jika Ilmu Yang Kamu Tahu Itu Sebesar Buku, Bermakna Sebesar Lautan Lagi Ilmu Yang Kamu Tidak Tahu"..Oleh itu, sentiasalah belajar belajar belajar...
PERLU bermula dengan tiada duit di dalam akaun. Kami cari lubuk-lubuk program untuk tambah duit PERLU. Duit yg diterima dari program, akan disumbangkan sedikit di dalam akaun PERLU. Nak bagi semangat sikit... Kami pernah ikut En. Hisyam buat survey di hutan-hutan lipur Melaka dan Johor. Tambah ilmu dan duit sikit-sikit. Kami pernah membantu PPT buat program untuk anak-anak staf PETRONAS seramai 700 org. Kami potong sedikit elaun kami untuk masukkan ke dalam akaun PERLU.
Saya pernah 'rehatkan' diri dari PERLU, tp saya kembali aktif balik setelah kerja di Shah Alam. Sehingga sekarang, saya masih aktif lagi. Alhamdulillah, setelah bertukar ke UTHM, makin senang nak bantu dan ikut program kerana polisi Universiti harus menolong Universiti yg lain jika perlu. Walaupun dah bergelar ALUMNI PERLU, tetapi tanggungjawab dan rasa terhutang budi dengan En. Hisyam masih menebal. Dia tak pernah lupakan kami. Jika 'jauh', dia akan dekatkan kembali. Kami para ALUMNI PERLU mmg rasa terhutang budi sangat dengan En. Hisyam. Rasanya tak terbalas segala ilmu dan doa yg diberikannya selama ini. Sebab itu jika En. Hisyam minta bantuan, kami segera datang. Kami tidak pernah meminta sebarang bayaran, hanya doakan kami agar berjaya di dalam hidup dan sentiasa ajar kami dengan ilmu-ilmunya. Alhamdulillah, berkat doa dan ilmu yg diberikan oleh En. Hisyam, kami semua berjaya di dalam career masing-masing. Kami membantu En. Hisyam kerana kami faham kekangan yg dihadapi oleh junior-junior PERLU. Tetapi, adakah anda faham dengan kekangan kami? Rasanya tidak..... Hubungan dengan super duper senior PERLU yang lain pun masih terjalin. Walaupun tidak bergiat aktif lagi, dah tak sehaluan lagi dan mempunyai komitmen masing-masing, kami tetap berhubung.
Tetapi sekarang, PERLU senarionya sudah lain.....macam-macam jadinya....Sampai ada yg sanggup cakap baik bubarkan saja PERLU ni.... Saya serta sahabat2 lihat dan rasa betapa payahnya nak bina, kukuhkan PERLU. Senang-senang saja mereka cakap mahu bubarkan PERLU.... Sedih..mmg sedih. Anda tak layak cakap begitu... Takpa, saya berharap sangat MT yg baru ini, akan buat pembaharuan terhadap PERLU, belajar menerima dan memberi, belajar bertanya, dan belajar belajar belajar....
Cuma dalam keadaan sekarang, haruskah kami ALUMNI-ALUMNI PERLU ini berhenti membantu?....MUNGKIN TIDAK....kerana kami semua telah berjanji dengan diri kami sendiri ketika kami masuk PERLU dulu. Selagi daya dan kudrat kami mampu untuk membantu En. Hisyam dan PERLU, kami TIDAK AKAN BERHENTI......
PERLU AKAN DITERUSKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, October 8, 2009

Takda Ong la Cik...

Saya terima beberapa aduan sejak kebelakangan ini. Aduan mengenai penampakan makhluk halus disekitar kawasan kolej saya. Menurut kata mereka, 'perempuan' tersebut akan berdiri di depan tingkap mereka dan apabila mereka menutup pintu rumah, 'perempuan' tersebut akan berada di dalamnya. Kejadian ini berlaku disekitar blok2 siswa. Saya terima aduan mereka. Bagi saya, biasalah kalau kadang2 ternampak. Kawasan di sini mmg banyak 'benda' tu berkeliaran. Tp ada satu student ni yg buat saya gelak. Satu student cina ni. Dia datang ke pejabat saya, mengadu tentang hal dia nampak 'perempuan' tersebut diri di depan tingkap biliknya dan kemudian bergerak ke depan pintu. Dia terus berlari dan tutup pintu tersebut. Apabila dia pusing, 'perempuan' tersebut berada di dalam rumah. Dia ckp dengan saya, "Macam mana dia boleh masuk rumah saya cik, saya dah kunci pintu"... Hahhahahhaa....Mmg la, 'benda' tu, dinding tebal pun dia boleh lepas, inikan pula pintu berkunci. hahhahhaha. Saya tahan gelak saya. Kesian juga kat student ni. Mungkin dia dah gelabah sgt kot sampai tak bole nak fikir. Dia sampai jumpa sami di kampungnya untuk berubat. Dia ckp lagi yg sami dia kata, bad luck kalau selalu nampak hantu ni. "Takda ong la cik, kalau selalu nampak"... Dia tunjukkan saya berbagai tangkal yg diberikan oleh sami tersebut. Dia juga minta jasa baik saya untuk tukar bilik. Menurut kata sami dia, fengsui dia bagus di blok B pasal kat situ matahari naik terus pancar blok. Ye kan je la...hehehheh
Saya tahu kenapa ramai student yg terserempak dengan 'benda' tu...Ini kerana, student kat sini suka gelak kuat2 bila malam, tak hormat org sebelah menyebelah, kacau org nak belajar, suka nyanyi kuat2 dan sebagainya. Saya rasa, mungkin 'benda' tu ingat.."Wah, ni kawan aku ni, boleh join menggilai sekali"... agaknya la...heheh

Wednesday, October 7, 2009

102 minutes that changed America

Pada 11 September yg lalu, saya berkesempatan untuk menonton dokumentari mengenai World Trade Center yg diserang ketika 11 September 2001 di History Channel. Rakaman video amatur dari setiap org yang berada ditempat kejadian, di satukan menjadi dokumentari. Rakaman tersebut dikumpul bermula dari awal serangan sehingga kedua-dua bangunan tersebut runtuh. Dalam masa 102 minit selepas serangan, bangunan yg pernah jd yg tertinggi di dunia itu rebah ke bumi. Sebenarnya saya sedih melihat rakaman2 tersebut walaupun ianya menjadi titik awal serangan kepada umat2 Islam seluruh dunia. Apa yg saya sedih? ada antara rakaman tersebut menunjukkan beberapa org terjun dari tingkat2 tinggi tersebut untuk menyelamatkan diri. Anggota bomba yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa dan ketika kejadian itu juga, semua ketua agama yg berada disekitar termasuk Islam, datang ke tempat kejadian untuk menenangkan mangsa. Ada juga rakaman suara ahli bomba yg tidak putus asa untuk menyelamatkan mangsa tetapi turut terkorban kerana terperangkap ditingkat yg terbakar. Rakaman tersebut juga menunjukkan reaksi Bush yg mcm tak tahu nak buat apa dan terus menyalahkan umat Islam. @$&^@(& sungguh. Masa kejadian itu juga, rakyat Amerika sudah tidak mengira warna kulit dan mereka semua saling bantu membantu antara satu sama lain.
Sebenarnya, org yg menyerang bangunan tersebut pd hari itu, mmg seorg yg genius. Kiraan masa, ketepatan serangan dan corak pembakaran besi bangunan telah diteliti. Besi yg panas dan terbakar seperti larva, mengalir deras ke setiap tingkat menyebabkan bangunan tersebut runtuh. Sebab tu bangunan tersebut runtuh dan tidak tumbang ke hadapan. Bijak kan? Jumlah rakyat Amerika yg mati ketika serangan tersebut adalah sebanyak 3000 lebih org, tidak termasuk yg hancur atau yg tidak dapat dijumpai. Tetapi, apalah nak dibandingkan dengan jumlah korban umat Islam yg tidak berdosa yang mereka bunuh di Afghanistan dan Iraq. selepas itu... Jumlahnya lagi ramai dari yg mereka hilang dalam satu masa. Sejak dari itu juga, umat Islam menjadi mangsa kebencian seluruh dunia. Berbagai tuduhan dilemparkan. Org yg berjanggut dan berdakwah di tuduh menjadi pengganas dan sebagainya. Berbagai bagai label buruk yg diletakkan untuk umat Islam. Sebenarnya, rakyat Amerika patut dan sudah tahu tentang apa yg jd pada hari tersebut adalah salah pemimpin mereka sendiri dan bukan org Islam. Kita pun tak tahu sampai hari ini samaada betul atau tidak org yg melakukan serangan pada hari tersebut adalah org Islam. Biasalah Amerika....dengan propaganda mereka.

p/s : For Bush and all the peoples that hate Islam so much, I really hope that u all will go to hell n burn. It's really mean, isn't it? Well, i really mean it...no question about it...

Tuesday, October 6, 2009

Dilema Bisikan Dari Ujung Tanah



Ya ALLAH Ya tuhan ku....saya betul2 di dalam dilema. Tak tahu mcm mana nak selesaikan masalah ni... Semua perkara ada pentingnya.... Rasa tak sedap hati jadinya. Saya tak tahu mana satu yg harus dipilih...Makin menjadi-jadi sejak semalam. Makin sesak otak saya memikirkannya...