Wednesday, March 4, 2009

Kemalangan depan mata

Pada malam hari Jumaat yg lepas, kami sekeluarga baru balik dari kedai ayah. Tetiba ayah terperasan ada satu kemalangan berlaku disebelah kanan jalan. Ada 4 org di situ dan salah seorgnya masih terbaring dikaki jalan. Ayah mengambil keputusan untuk berhenti dan memberi bantuan, memandangkan ianya masih baru terjadi dan tiada siapa yg membantu. Apabila tiba ditempat kejadian, mangsa yg terbaring asyik mengerang kesakitan dan rakannya menangis melihatnya. Mangsa tidak cedera parah, hanya luka tetapi dia mengatakan perutnya amat sakit. Setiap butir perkataan yg dikeluarkan, tidak begitu jelas. Ayah cuba menahan beberapa kereta dan mujur ada sebuah Pajero yg sudi membantu. Kebetulan, Pajero tersebut dinaiki oleh 2 org pegawai Polis yg tengah meronda. Nafas mangsa tersebut semakin perlahan dan rakan mangsa semakin resah. Semasa mangsa diangkat masuk ke dalam Pajero, ada benda yg kurang senang berlaku. Mangsa sebenarnya berada di dalam keadaan mabuk dan masih berbau arak. Kemudian, mangsa dihantar ke hospital berdekatan oleh Pajero tersebut. Menurut cerita rakan mangsa, mereka tidak melanggar dan dilanggar oleh sesiapa. Mangsa membawa motor terlalu laju dan gagal mengawalnya ketika melalui selekoh ke Danga Bay. Ayah memaklumkan perkara tersebut kepada ayah mangsa dan rakan mangsa pula menunggu abgnya untuk mengambilnya.
Semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah, ayah saya menyatakan kerisauannya terhadap remaja Melayu sekarang. Mabuk dan minum arak dah mcm minum mineral water. Remaja pun dah mcm tak sayang nyawa. Bawa motor laju2 dah jd mcm satu cabaran dan keseronokkan bagi mereka. Apa perasaan ibu bapa mereka bila dapat tahu anak mereka terlibat di dalam kemalangan dan berada di dalam keadaan mabuk. Kalau masih hidup lagi, mungkin masih tidak terlambat untuk bertaubat, tetapi kalau meninggal dunia....mcm mana?
Ya ALLAH, Ya Tuhanku, Kau peliharakanlah kesihatan, umur, kesejahteraan, jodoh dan rezeki kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, aku, guru2 ku, sahabat2 ku dan saudara mara ku. Jauhkan kami semua dari azab api neraka serta perkara yg keji dan mungkar. Amin...

2 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

semoga insan2 seperti ini di turunkan hidayah oleh ALLAH swt supaya bertaubat...wallahualam...


salam perjalanan...

Lennyek said...

bertaubatlah....