Tuesday, March 24, 2009

Alhamdulillah..akhirnya...

Alhamdulillah....semalam, masuk sahaja office, banyak surat dan kerja yg menunggu...Penat masih tak hilang lagi, tp yg penting..kepuasan buat aktiviti dan berjumpa dengan sahabat-sahabat saya. Kemudian, saya check TCIS, untuk tahu kedatangan dan baca email universiti. Tetiba saya terpandang di column perkhidmatan, saya telah diserapkan ke jawatan TETAP. Tempoh percubaan selama 6 bulan telah berakhir. Syukur, Alhamdulillah...tidak terkata sukanya. Saya terus telefon ayah. Ayah menasihati saya supaya bekerja bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi cabaran yg lebih hebat. Mmg betul kata ayah. Sepanjang tempoh percubaan saya, banyak cabaran yg saya tempoh, nak menegakkan apa yg saya faham, membetulkan persepsi org dan mcm2 lagi. Saya banyak bersabar walaupun kekadang tu, saya terlepas jugak kemarahan saya.
Pada sebelah petangnya pula, timbunan surat mula datang kepada saya. Sedang saya selak2 surat2 tersebut, terpandang satu surat kelulusan. Sekali lagi saya tersenyum dan bersyukur. Program rekreasi Level 1 yang telah direject, diterima semula dan mendapat sokongan dari TNC. Alhamdulillah....... Setelah berusaha menyakinkan org2 disekeliling dan org atasan, akhirnya program tersebut diterima juga. Khabar baik tersebut terus saya maklumkan kepada Yasir dan Shawn. Nampaknya minggu saya bermula dengan baik. Saya berharap, minggu ini juga akan berakhir dengan baik juga. Insyallah...

2 comments:

aQu daN SesuAtu said...

salam akak....
TAHNIAH akak ats brita gumbira tu...
Chaiyo..... chaiyo....
semoga akak di berikn rzki yg lbh mutah lg.....

kalu buat lvl 1 tu ajak2 lah yea...
ni muka x pandai malu...
hehehehehehehehee

yazilahyazir said...

salam box..
hehehheh..tanya teamtact la..hhehehhe
thank u...
rezeki lagi murah ke muntah?..
hahahhaha