Minta maaf kerana lama tak update blog. Sejak duduk kat batu pahat ni, hobi membaca saya semakin mencapai tahap 'addicted'...Mungkin pasal takda benda lain yg nak dibuat kot. Bagus juga. Nak berekreasi, jauh sekali. Tiada org yg berkongsi sama minat dengan saya. Rumah saya pula tiada t.v. So, most of the time, i'm glued to my books. Kedai buku 'Popular' dan 'MPH' adalah tempat hotspot saya. Good books with good price. Gaji bulanan saya akan saya ketepikan sedikit untuk membeli 2 ke 3 buku setiap bulan. Kebanyakkan buku yg saya beli, selalunya buku berkaitan 'Survival', outdoor dan thriller novel. Semasa saya ke Shah Alam pd bulan lepas, saya telah membeli buku 'Man vs Wild' by Bear Grylls, 'Survival guide, indoors, outdoor n daily life' dan buku 'Herba serta Tumbuhan Liar di hutan Malaysia'. Buku tersebut sgt2 berguna dan seronok bila membaca. Saya perlukan buku2 ini untuk pengetahuan saya. F.Y.I, ilmu outdoor saya amatlah sedikit, jd saya perlu banyak belajar. Ada buku yg mahal harganya dan ada yg murah. Tetapi, apabila mengenangkan ilmu yg dapat dibelajar, apa salahnya berbelanja lebih sedikit. Semalam, saya baru membeli buku 'Survival is a dying art' dan 'The great adventure stories' by all the great explorer. Untuk bulan hadapan pula, target saya ialah buku 'Ultimate Survival Guide' by Chris Ryan.
Selain dari membaca, saya juga banyak melayari internet untuk dapatkan 'Energizer, Management n Initiative games' yg baru. Saya akan compilekan dan jadikan ia sebagai manual. Selain daripada management games, ada juga aktiviti outdoor yg lain yg saya jdkan manual. Saya juga subscribe beberapa web yg mengeluarkan article seperti www.paddling.net. Satu laman web yg berkaitan dengan kayak. Saya mmg minat sgt dengan benda2 mcm ni. Boleh dipraktikkan bila kita buat program. Kalau ada antara sahabat yg inginkan manual dan article tersebut, boleh bagi saya email anda. Insyallah akan saya emailkan. Semasa saya belajar di UiTM dahulu, 'guru' saya selalu berpesan dengan saya supaya banyakkan membaca dan cari buku berkaitan dengan apa yg kita suka dan attend courses untuk memantapkan kemahiran. Sampai sekarang, 'guru' tersebut masih memesan perkara yg sama kepada semua pelajarnya. Terima Kasih banyak2 kepada 'guru' saya. Anda semua pasti kenal siapa.
Membaca mmg jambatan ilmu. Ia adalah sebagai satu kesinambungan untuk kita mempelajari dan mengetahui sesuatu yg baru.
5 comments:
salam rekreasi....
srat_44@yahoo.com atau
teamtact_44@yahho.com terima kasih...
salam teamtact...
roger that..
membaca sebab tak tau nak buat apa kut? tak pon boring?
hahahaha
jgn marah gurau jer....
hahahhaa..
mungkin kot..tp akak mmg minat membaca dari dulu..
hehehhe
salam!!!!!!
Post a Comment