Sunday, December 28, 2008

Extra facts for Pulau Tioman

Semalam, saya terbaca satu majalah 'Bicara'. Majalah tersebut bertarikh April 2005. Punyalah lama. Tetiba saya terpana dengan satu artikel mengenai Pulau Tioman. Ada seorang hamba ALLAH ni, dia pernah berkerja sebagai penyelam scuba untuk salah satu resort di Pulau Tioman. Sepanjang dia berkerja di sana, dia banyak terjumpa barang-barang antik di pulau tersebut. Samaada dia terjumpa atau 'benda' tersebut yang bagi. Kebanyakkan barang2 dijumpai di pesisiran pantai, di dalam hutan dan di dasar laut pulau tersebut. Barang pertama yg dijumpainya ialah Keris Jawa yang mengeluarkan bau yang teramat busuk. Disusuli dengan beberapa keris lagi, batu permata, cincin batu dan duit syiling arab. Dia juga menceritakan tentang misteri dan mistik yang menyelubungi Pulau Tioman. Dia juga berkata, Pulau Tioman ni tak pernah tercemar dengan pembangunan, mungkin kerana 'penjaga' pulau tersebut ingin memeliharanya di dalam keadaan yang asal. Bila saya fikir balik, kepada sesiapa yang pernah mengikuti final camp 'Tioman Quest', ingat tak...kawasan perkhemahan kita yang balik asal, seperti tidak pernah disentuh apabila final camp selesai?...Adakah ianya hanya kebetulan? Tak tahulah mana yang benar. Semuanya ALLAH s.w.t punya kuasa. Dalam artikel tersebut juga menyebut mengenai 'Kg. Mukut' yang dahulunya berasal dari naga yang melindungi 2 org anak yatim yg disumbat di dalam bubu ikan. Kedua beradik tersebut dilingkari oleh naga tersebut dan mereka menjadi 'Twin Peak'. Bila fikirkan, mcm mengarut je kan...tp nak buat mcm mana, kepercayaan org kat situ dari dulu. Tambahannya lagi, kewujudan makam2 lama di pulau tersebut menguatkan lagi fakta yang pulau ini sudah lama didiami dan menjadi tempat persinggahan Wali-Wali ALLAH pada satu ketika dulu. Bagi saya, itu semua mungkin mitos atau cerita turun temurun masyarakat lama disitu. Mungkin cerita tersebut diceritakan untuk menambah keunikan dan menarik ramai org lagi ke pulau tersebut.
Kepada sesiapa yang belum pernah ke Pulau Tioman, singgahlah ke sana jika ada kelapangan. Kepada instructor dan batch 'Tioman Quest', ada ke nak buat gathering ke sana semula?...hehehhehe

Monday, December 22, 2008

SKT 2009

Semalam, saya baru selesai mesyuarat mengenai SKT HEP 2009. Banyak benda dari kolej saya di'slash' oleh HEP. Takpe...saya tak kisah. Biarlah kolej saya buruk dan tiada kelengkapan baru, asalkan kerja yg dibuat dapat diselesaikan. Kebanyakkan kolej lain minta banyak benda baru. Dapat pula. Bias ke? Tak kisahlah.... Kalau kolej kami tidak dapat apa pun, kami akan usahakannya sendiri. Bina atau buat sendiri kot?...hehehheh. Takpe la..asalkan jadi...
Kepada yg sedang mencari kerja, ambillah peluang untuk menjadi pekerja yang betul2 berkerja apabila dapat kerja nanti. Kepada yg sedang berkerja pula, buatlah kerja anda sebaik mungkin, tak payahlah 'kipas mengipas'. Kipas diri sendiri..cukuplah..

Monday, December 15, 2008

Membaca Jambatan Ilmu

Minta maaf kerana lama tak update blog. Sejak duduk kat batu pahat ni, hobi membaca saya semakin mencapai tahap 'addicted'...Mungkin pasal takda benda lain yg nak dibuat kot. Bagus juga. Nak berekreasi, jauh sekali. Tiada org yg berkongsi sama minat dengan saya. Rumah saya pula tiada t.v. So, most of the time, i'm glued to my books. Kedai buku 'Popular' dan 'MPH' adalah tempat hotspot saya. Good books with good price. Gaji bulanan saya akan saya ketepikan sedikit untuk membeli 2 ke 3 buku setiap bulan. Kebanyakkan buku yg saya beli, selalunya buku berkaitan 'Survival', outdoor dan thriller novel. Semasa saya ke Shah Alam pd bulan lepas, saya telah membeli buku 'Man vs Wild' by Bear Grylls, 'Survival guide, indoors, outdoor n daily life' dan buku 'Herba serta Tumbuhan Liar di hutan Malaysia'. Buku tersebut sgt2 berguna dan seronok bila membaca. Saya perlukan buku2 ini untuk pengetahuan saya. F.Y.I, ilmu outdoor saya amatlah sedikit, jd saya perlu banyak belajar. Ada buku yg mahal harganya dan ada yg murah. Tetapi, apabila mengenangkan ilmu yg dapat dibelajar, apa salahnya berbelanja lebih sedikit. Semalam, saya baru membeli buku 'Survival is a dying art' dan 'The great adventure stories' by all the great explorer. Untuk bulan hadapan pula, target saya ialah buku 'Ultimate Survival Guide' by Chris Ryan.
Selain dari membaca, saya juga banyak melayari internet untuk dapatkan 'Energizer, Management n Initiative games' yg baru. Saya akan compilekan dan jadikan ia sebagai manual. Selain daripada management games, ada juga aktiviti outdoor yg lain yg saya jdkan manual. Saya juga subscribe beberapa web yg mengeluarkan article seperti www.paddling.net. Satu laman web yg berkaitan dengan kayak. Saya mmg minat sgt dengan benda2 mcm ni. Boleh dipraktikkan bila kita buat program. Kalau ada antara sahabat yg inginkan manual dan article tersebut, boleh bagi saya email anda. Insyallah akan saya emailkan. Semasa saya belajar di UiTM dahulu, 'guru' saya selalu berpesan dengan saya supaya banyakkan membaca dan cari buku berkaitan dengan apa yg kita suka dan attend courses untuk memantapkan kemahiran. Sampai sekarang, 'guru' tersebut masih memesan perkara yg sama kepada semua pelajarnya. Terima Kasih banyak2 kepada 'guru' saya. Anda semua pasti kenal siapa.
Membaca mmg jambatan ilmu. Ia adalah sebagai satu kesinambungan untuk kita mempelajari dan mengetahui sesuatu yg baru.