Monday, November 17, 2008

Memang Betul apa kata Rembang Waktu...

Memang betul kata saudara Rembang Waktu pasal KKRTD... kursus yg sepatutnya diberikan kepada org yg betul2 boleh handle tp di'sub'kan kepada org yg salah. Org yg tidak bersalah juga dapat tempiasnyer. Terasa janggal pabila peraturan yg diberikan terlalu longgar dan tidak mementingkan aspek keselamatan. Pesan yg kami dapat dari 'orang yg sangat boleh dipercayai' ialah "Buat aktiviti yg ditugaskan sahaja dan jgn campur yg lain"...
Kem kom yg dipanggil, asyik menyebut "I would like to share my experience....". Bangga dengan apa yg dicapai walaupun pernah meragut nyawa peserta. Sepatutnya, dia harus bersyukur kerana ahli keluarga peserta tidak menyaman dia, bukan dok bangga, asyik cerita kat org. Patutla awak tak pentingkan aspek keselamatan...rupanya suka tgk participant mati. Arahan yg diberikan tersangat longgar. Participant tidak memakai kasut, pakai seluar jeans, bole hisap rokok. Terpaksa kami jd 'belanda'. Minta kebenaran untuk arahan baru, arahan yg sememangnya patut diterapkan dan menjadi pegangan kami. Guru kami ajar kami mcm tu...Tp nak buat mcm mana, arahan awal dari terimaan surat ke kursus, mmg takde guideline dan checklist yg diberikan...akibatnya, peserta langsung tidak membawa stokin, seluar panjang, wisel, anduh, topi, kasut spare, bole mcm tu...Mengikut kata kem kom tu, segala mcm gunung sudah didaki, trans tu trans ni, tetapi ilmu hutan...sedikit pun tak tahu or buat2 tak tahu..sampai masuk hutan pun tak payah pakai parang..anda tahu ke apa yg ada kat dalam hutan tu dan binatang apa yg menanti anda...bayangkan lah, kami beli parang sendiri kerana urusetia tidak dapat menyediakan parang. Bajet berbelas ribu tp parang pun tak dapat sediakan. Kami juga meminjam life jacket demi keselamatan peserta. Itu pun mereka tak dapat nak sediakan. Kem kom nak denda peserta masuk pool tp tak bagi life jacket, bole ke? Tapi niat dia dihalang oleh kami kerana kami tak nak gadaikan nyawa peserta...
Takut saya bila dengar peserta kata mereka dah pernah buat program dan segala mcm..mcm mana diaorg boleh buat program kalo safety langsung takde...safety sendiri pun takde..Kalau saya nak cerita tentang kursus ini, tak habis rasanya dan saya juga banyak kekurangannya...ia juga menjadi pengalaman berharga kepada saya. Perbezaan antara program yg dibuat oleh 'BIG BOSS' saya dan program jabatan ini.
Saya bersyukur kerana dididik oleh guru yg mementingkan safety dan ilmu kepada peserta..
Sepatutnya, org yg benar2 layak patut handle kursus ini. Ramai rakan2 saya yg lebih layak daripada saya tetapi oleh kerana penganjur 'nak masuk poket sendiri' punya pasal...sanggup gadaikan nyawa peserta...
Saya berharap selepas ini, pihak yg berkenaan patut bagi kursus ini kepada org yg betul2 layak dan tentang bayaran pula, mereka mmg layak dapat apa yg sepatutnya mereka minta. Ilmu dan penat lelah serta duit sendiri yg dibelanjakan untuk mereka pergi ke kursus patut kita fikirkan. Mereka mmg mempunyai ilmu yg luas dan berpengalaman. Kepada pihak yg berkenaan, fikirkan lah benda ini...
Kepada rakan2 yg datang membantu.. terima kasih banyak2 diatas panduan dan sokongan yg diberikan dan anda semua mmg SAHABAT saya....anda sendiri lihat apa yg terjadi...boleh la jd pengajaran kepada kita semua...

12 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Cik Yazilah. Saya hanya mendapat teks sms dari Encik Hisham utk "layan je"..maka saya berusaha sedaya mungkin untuk menyembunyikan diri. Lepas kem pun En Hisyam ada call saya buat surat aduan jika perlu.

Saya percaya ada penambahbaikan yang boleh dibuat. Saya melihat komitmen yang tinggi daripada instruktor meskipun ada juga peserta yang komen. Walaupun saya akui tidak ada kompromi dari segi keselamatan, saya fikir sebahagian daripada peserta ini harus dilihat dari konteks yang lebih adil.

Saya fikir kita harus berhenti menuding jari melainkan ada pendekatan yang lebih konkrit patut diambil.

Saya gembira perkembangan rekreasi di UiTM cukup serius di bawah En Hisyam.

Lagi satu, saya tak selesa sebenarnya bila nama saya sering disebut masa awal kem. Saya datang dgn niat nak belajar dan mencari ilmu baru di samping memperbaiki disiplin saya yang kian longgar kerana kesibukan.

Terima kasih untuk semua yang memberi.

yazilahyazir said...

salam amin..
kami saja sebut...biar jd contoh...kerana ramai org ingat rekreasi ni hanya untuk suka2 dan glamor dengan gajet2 terkini. Tak semua peserta yg tidak mengikut peraturan. Ada yg dtg kerana ingin betul2 belajar dan ada yg hanya cukupkan kuota sahaja. Rasanya awak sendiri pun perasan. Harap apa yg kami berikan dpt menambah sedikit pengetahuan. Kami pun tidak banyak ilmu yg kami tahu. Kami pun belajar banyak dari awak. Thanks a lot...

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

Dah banyak cerita saya dengar melalui kawan2 di sana sini tentang kurangnya safety dlm aktiviti outdoor. Setelah saya baca beberapa post dari rakan blogers yang lain alangkah terkejutnya saya melihat perkara ini masih lagi terjadi sedangkan kita sudah semakin maju dari segi teknologi. Tak dinafikan ilmu itu masih dalam kekurangan tapi tidak kah kita fikirkan tentang safety peserta? Jika berlaku kemalangan ketika aktiviti rekreasi, ibu bapa di Malaysia pasti akan melarang anak mereka bergiat dalam rekreasi dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat kajian bahawa 90% rakyat Malaysia tidak bersenam atau beriadah. Kalau dah jadi kes ni hampir 98% tak bersenam dan mcm mana Malaysia nak sihat??? Kembalilah kepada Maha Pencipta, Jangan tinggalkan Solat, pasti kita berjaya.

wegreentheearth said...

alhamdulillah semuanya selamat pada program ini...
ingatlah dan lakukanlah seperti yg diajar...
itu yang diajar oleh guru kita...

yazilahyazir said...

salam to all..
thanks for all your comments..
Alhamdulillah semuanya selamat dan terima kasih kerana menyokong. Pengalaman tersebut mmg betul2 bermakna. Sebagai pengajaran untuk di masa hadapan.

Rindu Alam Indah said...

belilah peralatan keselamatan dari saya...
huhuh...biase la kak..
mane nk cekau duit..nk byr duit kreta besar lg..umah besar lg..enjoy lg..aset2 yg besar2 lg..duit program la..ahakz...

Amin Ahmad said...

saya mahu cadangkan kita cuba sorot satu pandangan balas dari otai outdoor yang kini mengajar di University of New Hampshire - Dr James Neill..

pernah dalam satu perbincangan beliau menduga khalayak pendengar dengan lontaran pendapat..

"terlalu rigid aspek keselamatan ditekankan, di mana nilai adventure?"

soalan ini valid dan bukan membelakangkan persoalan safety. mungkin kita boleh create forum untuk bertukar2 pandangan sesama penggerak rekreasi?

yazilahyazir said...

salam guys..
itu pandangan masing2..tp bagi saya, aspek keselamatan amat penting ketika program dijalankan. Kita bawa anak org, bukannya patung. Jika kita buat program sendiri, maka, tak kisahlah jika kita tak pentingkan aspek keselamatan, pasal masing2 bole jaga keselamatan sendiri. Sebelum ini pun ada juga kes di mana nyawa peserta melayang kerana safety tidak dititik beratkan. Walaupun waris dapat beratus ribu duit pampasan, tp tak sama nilainya dengan nyawa anak mereka.
Adventure bole, takde masalah, lagipun kita sama2 involve dengan aktiviti yg mencabar, kan? tp formal outdoor education perlu ada untuk kita didik peserta. Saya terima pendapat anda dan mmg ada benarnya. Terima kasih di atas pandangan. Kalo ada input2 berguna lagi, bole email ke saya.
yazilahyazir_msn@yahoo.com

Rindu Alam Indah said...

nk lebih adventure..
marilah kite ramai2 menyertai adventure community...
hwahwahwahwa...
kalo ramai lg yg nk lbh adventure..
xdpt la sy nk jual brg2 keselamatan sy ni..
erm...

teamtact said...

pewaris reformasi...

apakah dengan keselamatan kita tak dapat merasai adventure.....

mungkin ya,mungkin tidak... tapi bila dipertnggungjawab sebagai pemimpin rekreasi, semestinya kita tak mahu ada kecederaan atau kecelakaan berlaku...

apakah kes beberapa org pelajar yang sesat di nuang diklasifikasikan....

apakah kes seorang instructor yang mati di gopeng semasa zipline dikatakan adventure....

apakah seorang murid tingkatan 4 mati di bukit kluang jatuh semasa buat decending dikatakan adventure...?

apakah beberapa orang mati lemas di tasik banding semasa bot karam dikatakan adventure....???

mungkin ada yang klasifikasikan ia sebagai kemalangan...... tapi lebih detail kalau kita katakan kemalangan semasa rekreasi.....

pewaris reformasi.....

selaku pengiat rekreasi saya rasa tidak ada perbincangan atau perdebatan sekiranya aspek keselamatan hendak dilonggarkan....

kepada rakan-rakan.... pengurusan risiko juga adalah sebahagia dari rekreasi....

saya rasa aspek ini perlu di tekankan dalam pendidikan rekreasi..... tq

sorila panjang....tumpang blog...

Amin Ahmad said...

ya, sebab itu Dr James Neill cuba meneroka setakat mana adventure (yang bertitik tolak dari keinginan menyelongkar dunia serba kita tak tahu) dapat diredah tanpa membelakangkan safety.

sudah tentu contoh2 team tact tu valid dan ia terlepas daripada makna yg cuba dimaksudkan oleh Dr James Neill ini.

saya berkongsi untuk kita meneroka, tidak bermaksud utk kita mula membelakangkan safety ya!

renung2kan dan selamat beramal :)

teamtact said...

"terlalu rigid aspek keselamatan ditekankan, di mana nilai adventure?"

ayat ini nampak seperti ada percubaan menolak unsur safety dalam mencari nilai adventure.....

seolah-olah bila dingatkan tentang safety makin hilang nilai adventure...