Tuesday, August 12, 2008

'Gua....Buaya....'


Password, adalah antara satu benda yg penting di dalam aktiviti rekreasi. Password selalunya digunakan ketika aktiviti night walk, solo walk, survival, sentri malam dan sebagainya. Password mmg penting kerana ianya adalah sebagai identiti rahsia kita untuk sesuatu aktiviti dan sebagai medium kita mengenalpasti ahli kumpulan kita. Penggunaan password juga adalah sebagai langkah keselamatan untuk menjaga kawasan perkhemahan kita daripada ancaman pihak luar atau musuh. Ketika kita memilih password yg sesuai untuk aktiviti kita, kita mestilah menggunakan perkataan yg agak berlainan daripada kata penyambungnya. Contohnya; 'pinggan lumut', rasional kita gunakan nama tersebut adalah kerana, jika kita gunakan 'pinggan mangkuk', org lain akan tahu penyambung akhir kata password tersebut.

Ketika final camp Redang Outback, ada satu insiden yg berlaku kepada salah satu kumpulan yg bernama kumpulan 'Pulau Susu Dara' ketika mereka melakukan aktiviti survival. Password yg digunakan ketika itu ialah, 'Gua Buaya'. Apabila malam menyusul, ketika ahli kumpulan tersebut selesai solat maghrib, mereka ternampak seorg 'wanita' duduk di atas batu dalam jarak 20 meter daripada kawasan mereka. Mereka sangkakan bahawa 'wanita' tersebut adalah salah seorg fasi yg bertugas. Mereka menyebut password yg diberikan iaitu 'Gua Buaya' tetapi tiada balasan yg diterima. Mereka menyebutnya berulang kali tetapi tetap tiada balasan yg diberikan. Mereka menjadi lebih kaget apabila 'wanita' tersebut tiba2 muncul di hadapan kem mereka. Menyedari bahawa 'wanita' tersebut bukanlah 'org atau fasi PERLU', mereka terus duduk di dalam kumpulan dan bergilir-gilir membaca surah Yassin dan solat Isyak. Mereka terus membaca surah Yassin sehingga subuh menyinsing. Sepanjang malam, 'wanita' itu berlegar-legar disekitar kawasan perkhemahan dan sekali sekala muncul di depan mereka....Keesokannya, ahli kumpulan tersebut menceritakan pengalaman mereka kepada saya dan mereka mengatakan bahawa, penggunaan password itu amat penting dan ianya memang membantu mereka mengenali siapa 'org atau bukan' serta dapat menjaga keselamatan mereka apabila mengetahui ancaman dari pihak luar. Mereka juga berkata, apa akan jadi jika mereka tidak mengendahkan penggunaan password tersebut dan terus menyapa 'wanita' tersebut....Kumpulan tersebut telah melalui pengalaman yg berharga walaupun ianya agak menakutkan. Oleh itu, kepada pengemar rekreasi sekalian, jika anda rasa password itu hanyalah satu perkataan yg sia-sia atau benda yg boleh dipandang remeh, fikirkanlah sekali lagi dan ingatlah cerita saya. Di dalam post ini, saya ada attachkan sekali sejarah password sebagai pengetahuan tambahan.

Passwords or watchwords have been used since ancient times. Polybius describes the system for distribution watchwords in the Roman military as follows:
The way in which they secure the passing round of the watchword for the night is as follows: from the tenth
maniple of each class of infantry and cavalry, the maniple which is encamped at the lower end of the street, a man is chosen who is relieved from guard duty, and he attends every day at sunset at the tent of the tribune, and receiving from him the watchword - that is a wooden tablet with the word inscribed on it - takes his leave, and on returning to his quarters passes on the watchword and tablet before witnesses to the commander of the next maniple, who in turn passes it to the one next him. All do the same until it reaches the first maniples, those encamped near the tents of the tribunes. These latter are obliged to deliver the tablet to the tribunes before dark. So that if all those issued are returned, the tribune knows that the watchword has been given to all the maniples, and has passed through all on its way back to him. If any one of them is missing, he makes inquiry at once, as he knows by the marks from what quarter the tablet has not returned, and whoever is responsible for the stoppage meets with the punishment he merits.

Passwords in military use evolved to include not just a password, but a password and a counterpassword; for example in the opening days of the
Battle of Normandy, paratroopers of the U.S. 101st Airborne Division used a password - "thunder" - which was presented as a challenge, which was to be met with an appropriate response - "flash". The challenge and response were changed periodically. American paratroopers also famously used a device known as a "cricket" on D-Day in place of a password system as a unique method of identification; one metallic click given by the device in lieu of a password was to be met by two clicks in reply.

2 comments:

wegreentheearth said...

dah tau kepentingan kena tau penggunaan..
jangan tersalah bagi plak...
kan kak...

yazilahyazir said...

salam mus..
yup, memang betul mus. kekadang tu, diaorg ingat benda ni main2 je. Tak mahu menggunakannya, padahal penting tu. Akak ingat lagi, masa kat j.b, kalo army singapore nak panggil army dia, a few password akan appear kat screen tv. Army dia akan pergi report segera pada ketua dia...