Wednesday, August 13, 2008

My Office





Office..Adalah satu tempat di mana kita menjalankan tugas dan berurusan. Office saya terletak di Bangunan UMNO Shah Alam, Seksyen 11 dan dipanggil sebagai Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Selangor, Majlis Sukan Negara. Kami baru bertukar nama pada Mei 2008. Sebelum ini, kami dipanggil Sukan Teras (2006-2008), kemudian bertukar pula kepada Cawangan Elit 8 Sukan Teras (Dis 2007 - April 2008) dan akhirnya, diputuskan dan ditetapkan kepada namanya yg sekarang. Saya mula berkerja di sini pada 11 September 2006 dan akan menamatkan perkhidmatan bermula 1 September 2008 ini. Kira2, nak dekat 2 tahun jugalah menaburkan khidmat bakti dkt sini...heheh. Di sini, kami menguruskan dan merancang program pembangunan atlet untuk 18 jenis sukan. Kami akan bawa mereka menyertai kejohanan, program binaan serta kem conditioning tahunan. Kebanyakkan atlet kami mewakili negeri dalam kejohanan Asian School, SUKMA, Little Athletics dan bermacam lagi. Atlet ini akan kami pantau dan apabila mereka mencapai kriteria yg ditetapkan, mereka akan diserapkan ke program pelapis kebangsaan dan akan dilatih dibawah jurulatih kebangsaan yg bertauliah. Itulah sedikit sebanyak tentang tugasan saya di sini.

Sepanjang saya berada di sini, saya berjumpa bermacam-macam karenah coach dan atlet. Tapi Alhamdulillah, semua coach dan atlet saya jarang menimbulkan masalah kepada saya. Bekas Ketua Jurulatih Olahraga saya, Mr. Gopal a/l Raman, banyak membantu saya dalam menyelesaikan masalah berkaitan Olahraga. Di office saya ini, ada seorang ketua unit, 7 org pegawai, 4 orang ketua jurulatih, 2 org kerani dan 1 org pembantu am rendah. Kami semua bekerja bak satu keluarga. Segala masalah akan diselesaikan bersama dan tiada istilah 'One man show' di dalam office kami. Selalunya, kami akan bergerak secara berkumpulan jika ada meeting atau apa acara dan aktiviti sekalipun. Kami pernah mengadakan acara family day di Jeram Toi, Negeri Sembilan tanpa pengetahuan ketua unit kami. Sorry boss...hehe. Tak sengaja.
Macam2 kenangan manis saya dengan officemate saya di sini. Rasa sayang pula bila dah nak tinggalkan office ini. Rakan di sini banyak membantu. Adakah saya akan dapat rakan2 yg baik seperti ini lepas saya berpindah ke tempat yang baru? Allah s.w.t saja yg Maha Mengetahui. Mungkin ada hikmah disebalik perpindahan saya. Saya berdoa kepada Allah s.w.t supaya mengurniakan saya rakan2 yg baik seperti sekarang apabila saya berada di tempat baru nanti dan memudahkan segala urusan saya.

3 comments:

ema said...

tok moh...nak pindah mane lak?Mau balik Johor Ke?Bulan 9 ni eku dh nak online pindah.Nak berbakti kat tanah air sendiri plak.Cukup lah 2 tahun di sabah ni.Doa-doakan aku berjaya pindah untuk tahun depan ya.Nanti Final Camp bleh r aku join skali.Duk jauh2 susah bah mau ikut..Mis u...

ema said...

tok moh...nak pindah mane lak?Mau balik Johor Ke?Bulan 9 ni eku dh nak online pindah.Nak berbakti kat tanah air sendiri plak.Cukup lah 2 tahun di sabah ni.Doa-doakan aku berjaya pindah untuk tahun depan ya.Nanti Final Camp bleh r aku join skali.Duk jauh2 susah bah mau ikut..Mis u...

yazilahyazir said...

salam ema..
aku pindah batu pahat...bagusla ko balik sini..dekat skit nak jumpe..bagus..nanti ko bole join final camp..heheheh.
sian ko duk jauh...
nanti kita jumpe eh.. miss u toooooooooo
hehehe