Saturday, February 16, 2013

Kembali mencoret..

Huisshh.. lama betul tak post apa2.. kalo nak kata sibuk, tak la mana sgt kalo saya bole update status FB hari2.. haha.. setelah difikirkan banyak kali, saya rasa sgt tidak elok kalo saya update status di FB mengenai beberapa perkara yg saya tidak beberapa gemar, teguran dan sebagainya.. ramai yg terasa hati dan tidak kurangnya yg membenci.. Jd saya rasa lebih baik saya berblog semula..
Test.. Test.. saya akan kembali nanti.. :)

Saturday, January 28, 2012

Masih relevan lagi ka??


Masih relevan lagi ka "There is no bad student, it just a bad teacher.." Bagi saya, perumpamaan tersebut hanya boleh dipakai diwaktu tertentu sahaja.. Mcm dah tak relevan dah.. Jika guru tersebut mmg sgt bagus, tetapi studentnya mmg tak mahu berubah dan belajar, masih mahu salahkan guru ka? Cuba fikirkan.. Bukan mahu mendabik dada, tetapi sebagai pengongsian bersama... setelah mengikuti banyak Final Camp, saya merasakan, kebanyakkan student, tidak mahu belajar dan tidak mahu mengambil peluang yang ada di depan mata. Student disuapkan dengan ilmu tp masih malas mengunyah. Akibatnya, mereka tidak belajar apa2 dan menyalahkan org yg mahu membantu mereka. Tetapi masalahnya, ada juga jurulatih yg tidak nampak.. mereka turut menyalahkan jurulatih dan menyokong peserta. Mungkin kerana ada wujudnya bonding atau pun mahu tunjuk hero, rakan2 sendiri jadi mangsa.. Nak backing bole, tp kena tgk tempat la..
Saya pernah mengikuti camp di mana pesertanya mmg kurang ajar, tidak beradap dan bersifat pura2.. mmg tak makan saman betul.. Pensyarahnya sudah memberikan yg terbaik tetapi pelajar ttp berfikiran singkat dan tidak mahu belajar. Akibatnya, camp menjadi teruk.. masih salah GURU juga ka??
Sebab tu saya ulang sekali lagi di sini.. masih relevan lagi ka "There is no bad student, it just a bad teacher.."???? Fikir2 kan la ye..
p/s: kalo ilmu panjang sejengkal, jgn diduga lautan luas.. peringatan kepada saya juga....

Monday, January 9, 2012

Rindu..



Lately ni, ada org tanya saya, "ko tak sunyi ke duk sorang2 kat batu pahat?".. saya jawab ringkas, sunyi.. Kemudian dia tanya saya lagi, "abih tu yg ko pindah batu pahat tu buat apa? kan best kalo ko duk kat shah alam.. kawan2 ko ramai kat sana..".. Saya diam je.. saya ckp, family matters.. saya ada tanggungjawab sendiri.. dia terus diam.. Lepas tu, ada pula seorang hamba ALLAH ni ckp, "dia tu anti-sosial.. mana dia nak join benda2 mcm ni..". Saya terdengar, tp saya buat tak tahu saja.. biarlah dia nak ckp apa.. asalkan dia bahagia..
Apa yg saya rasa selama ini, saya jarang ceritakan kpd kawan2 saya di UTHM.. mereka kurang faham.. Untuk pertanyaan yg pertama.. Ya, mmg saya sunyi.. saya sunyi kerana saya tiada kawan gelak ketawa mcm kawan saya di Shah Alam.. ketawa kawan saya di sini lain.. ketawanya sinis dan penuh dengan menyindir.. Mana kala untuk pertanyaan kedua, Ya, mmg saya anti sosial di sini kerana aktiviti kawan saya di Shah Alam lebih seronok dari aktiviti di sini.. aktiviti di sini sungguh bosan dan hanya utk org tertentu sahaja..
Setiap hari, saya akan check FB kawan2 saya.. saya rasa seronok bila lihat aktiviti mereka.. hilang sekejap rasa rindu dan akan buat saya senyum sorang2.. walaupun tak berjumpa, at least saya boleh lagi melihat mereka.. Saya akan ulang rutin tersebut setiap hari..tanpa jemu.. Jd kpd kawan2 saya, jika saya mcm stalker, selalu kacau dkt chat tu, maaflah la ye pasal mengganggu.. tiada maksud lain..hanya maknanya saya rindu...

Monday, January 2, 2012

Ayah rindu Abah..

Tengahmalam semalam, saya dikejutkan dengan suara tangisan seseorg.. bila saya bangun.. rupanya, ayah saya sedang bersila sambil nangis teresak-esak. Saya tanya kenapa.. dia kata.. "Ayah rindukan Abah".. saya dan mama jd sebak.. kami tenangkan ayah.. minta ayah beristighfar banyak2..
Ayah saya mmg rapat dengan arwah Abah saya. Arwah Abah tu sebenarnya atuk saya.. kami semua memanggilnya dengan panggilan Abah.. arwah kembali ke rahmahtullah pada awal pagi Hari Raya Haji yg lepas.. ayah sememangnya rapat dgn arwah walaupun ketika mudanya, cara mengajar ayah saya dengan rotan dan tali pinggang. Tp ayah tak penah salahkan arwah.. ayah ckp, arwah buat begitu mesti ada sebab. Ayah pernah salahkan arwah sekali sahaja, iaitu semasa arwah nenek Munah meninggal dunia. Ayah kata salah Abah buatkan maknya meninggal. Sejak itu juga, arwah Abah berubah secara total. Sebelum arwah meninggal dunia, ayah dan adik saya sempat menjaganya dan arwah Abah juga meninggal dunia di pangku Ayah dan adik saya.. Saya faham perasaan rindu Ayah pd arwah Abah.. dan seboleh-bolehnya saya tidak mahu berdepan dengan situasi begitu.. tp kita semua pasti akan tetap menghadapinya...

Al-Fatihah buat Allahyarham Yahya B. Ismail yg kembali ke rahmahtullah pada 6 November 2011..

Sunday, June 19, 2011

Kerja tu kerja mulia, tetapi...

Semalam, pada pkl 2.00 pg, saya terima panggilan dari pihak pengawal mengatakan ada isteri International yang sakit dan perlu dibawa ke pusat kesihatan. Tp M.A pusat kesihatan universiti reject pasal isterinya tidak tertakluk dlm priority?..bole ke mcm tu? org dah mcm nak mati pun masih tak priority ke? Jd kami pun usahakan lah utk membawa isteri pelajar tersebut ke klinik kerajaan.
Sampai di klinik tersebut, kami menelefon on-call doctor, walaupun kami tahu yg akan dtg cumalah Medical Assistant sahaja. Apabila M.A tersebut dtg, beliau membebel-bebel kepada student saya dan mengatakan student ni mengganggu tidurnya..International student yg mcm faham dan tak faham ni..hanya looked blankly ke muka M.A tersebut. Patutnya, M.A tersebut kena bertanggungjawablah terhadap amanah dan tugas yg diberikan...beliau tidak sepatutnya bercakap sedemikian rupa kepada pesakit..sedangkan mmg waktu tersebut waktu dia bertugas dan sememangnya akan dibayar pun setiap waktu tak tidonya tu. Dalam masa yg sama, ada seorg lagi patient dipapah masuk dlm keadaan luka yg teruk dan darah meleleh dibeberapa tempat dibadannya. Dia yg menunggang motor, dilanggar lari oleh 2 kereta yg sedang berlumba. Setelah dilanggar, dia ditinggalkan mengelitik ditepi jalan. Nasib baik la ada good Samaritan ni sanggup berhenti dan menolong mangsa. Apabila patient ini dipapah masuk, dia di diagnose oleh M.A ni dengan sangat kasar. Menjeritla patient tu.. saya yg tgk pun mmg ngeri.. Mana la otak M.A ni dia letak.. cube awak yg terbaring kemudian org lain buat kat awak mcm tu.. sakitkan?.. Setelah diperiksa, patient tersebut perlu dibawa ke hospital.
Dalam menunggu student saya diberikan ubat, tetiba kami semua terkejut dengan bunyi kereta yg dipandu laju masuk ke dalam kawasan klinik. Mcm ala-ala drift gitu. Rupa-rupanya, yg masuk tu, pemandu ambulance.. lagaknya seperti M.A tu juga...membebel kerana kacau waktu tido nya. Haissshhh... teruknya perangai...Setelah selesai diberikan ubat, saya kembali semula ke Perwira pada pukul 4.00 pg.
Apa yg saya kesalkan di sini adalah sikap org yg berkerja di dalam bidang perubatan ni. Mmg ada sesetengahnya yg begitu berdedikasi dan sgt menjaga pesakitnya. Tetapi ada juga yg tidak ikhlas dan seperti dipaksa menjalankan tugas. Jika tidak suka dgn kerjaya ini, carilah kerja lain..jd kaki pukul ke, pelumba haram ke..atau yg lebih senang lagi, takyah keje langsung, jd bolela tido sampai lebam. Kerja kejururawatan ni kan kerja yg mulia...kenapa sia-siakannya?..Bukankah mulia peribadi kita jika kita membantu org yg di dalam kesusahan?...Saya berdoa agar kaum keluarga M.A dan pemandu Ambulance tersebut tidak ditimpa kemalangan di masa hadapan kelak..bukan apa, takut nanti ALLAH swt akan balas time tu juga.. CASH & CARRY.... barulah anda tau mcm mana rasanya bila awak sakit dan org perlakukan awak mcm sampah....


Thursday, June 9, 2011

Sahabat Express

Setiap hari, kita akan dapat persahabatan yang baru, sama ada secara kebetulan ataupun kita baru sedar yang mereka adalah sebenarnya sahabat kita. Semalam, saya baru bersahabat dengan seorang pegawai dari UPSI. Banyak benda dan info baru yang saya perolehi secara tidak langsung yang dari awalnya hanya sembang kosong. Banyak pengalaman yang diceritakan kepada saya, tentang dirinya, pengalaman lepas dan kebolehannya. Hebat, mmg hebat pengalamannya, ttp orangnya sangat merendah diri dan hormat kepada pendengarnya.
Bagi saya, org sebegini sangat bagus perwatakkannya. Pengalamannya cukup hebat, ttp tidak menbangga diri. Itu adalah lebih bagus daripada org yg hanya tahu sedikit ilmu ttp menganggap dirinya hebat dan selalu menyalahkan org lain. Seperti org disekelilingnya bodoh dan tidak tahu apa-apa.
Sebelum beliau pulang ke UPSI, beliau berjumpa dengan saya dan ucap selamat. Beliau berterima kasih untuk penginapan dan layanan yg diberikan oleh saya dan staf saya. Beliau juga berharap agar persahabatan antara UPSI dan UTHM akan berkekalan.

p/s: “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Monday, December 13, 2010

Trekking Section 3


Pada semester yang lepas, saya telah diberi peluang untuk mengajar subjek Kokurikulum yang wajib diambil pelajar sepanjang pengajian. Subjek yang diajar ialah Trekking. Saya dipanggil untuk menjalani sesi TOT dan setelah melihat silibus yang diberi, saya jd pelik sebentar kerana silibus yang diberi agak tidak sesuai dengan tajuk besarnya. Tapi saya serahkan kepada penyelaras yang diberi tanggungjawab untuk menghantar fail pengajarannya. Bila diselidik, rupa-rupanya, orang yang membuat silibus tersebut 'ikut suka dan minatnya' sahaja semasa merangka silibus tersebut. Dia tidak mempunyai sijil rekreasi, tiada asas pengetahuan rekreasi yang lain dan hanya 'pengalaman' yang hebat yang selalu diceritakan sepanjang bengkel TOT tersebut. Saya ditempatkan bersama 4 orang yg lain dari subjek yang sama. Saya seorang sahaja perempuan. Penyelarasnya juga mula menyindir saya secara sinis dan seloroh. Apa yang saya buat? Saya sengih ja. Selepas penerangan diberi oleh Ketua Jabatan, penyelaras saya dan rakan-rakannya tercenggang dan mula berasa tidak selesa. Mereka mula merungut dan menyatakan sistem baru ini leceh dan menyusahkan saja. Sebelum ini, pengajar subjek Ko-ku hanya mengajar sahaja, tanpa fail pengajaran dan rubrik permarkatan. Apabila ketua jabatan baru mengambil alih, beliau telah membuat perubahan yang lebih akademik dan ianya menimbulkan masalah bagi pengajar yang sudah berumur dan tidak beberapa biasa dengan teknologi masa kini. Tapi yang bagusnya, mereka mahu belajar dan cuba untuk membiasakan diri. Sistem yang digunakan telah diselaraskan oleh KPT dan dipersetujui oleh semua IPTA. Ianya menyenangkan pengajar untuk menilai Kemahiran Insaniah dan sekaligus markah untuk subjek tersebut. Itu lah perkara yang menyebabkan penyelaras saya tidak senang duduk. Heheheh...nampaknya kehebatannya telah tercalar...hehheheh.. Jadi sayalah yang bantu mereka untuk membuat fail pengajaran, rubrik dan pembentangan. Barulah mereka mula 'menerima' saya...
Kelas saya diadakan setiap hari Rabu 4.00 - 7.00 petang. Seramai 38 orang pelajar termasuk 1 org pelajar antarabangsa ditempatkan di seksyen saya iaitu Seksyen 3. Jenuh saya kena mengajar dalam bahasa Inggeris..haha.. nasib baik juga pelajar tersebut faham bahasa Melayu kerana beliau mengambilnya sebagai subjek bahasa ketiga. Saya ajar apa yang diajar oleh Boss aka En. Hisyam ketika saya belajar dahulu. Alhamdulillah, mereka dapat menerima ilmu yang diberi dan memberikan komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang kelas. Mereka jarang ponteng kelas dan hanya tidak dtg jika mereka sakit. Ilmu yang diberikan oleh saya tidaklah banyak kerana saya juga masih belajar dan bamyak lagi benda yang saya tidak tahu. Mereka juga ada final camp, tetapi saya akan postkan ceritanya lain kali.

Sunday, December 12, 2010

Yok Cuti...


Salam kepada semua,
Iskh, lama betul saya tak update blog. Tak bole nak bagi reason apa dah, hehe... Sekarang ni, student UTHM sedang mula bercuti dan pulang ke kampung masing-masing. Ada juga student yang tidak akan balik ke Kolej saya semula kerana sudah menghabiskan pengajian. Cuti yang diberikan amat singkat tp saya rasa cukuplah sekadar dapat melepaskan rindu bersama keluarga tercinta. Ada student yang ckp dgn saya, "Mama saya dah tunggu saya dah Puan, siap masak lagi untuk saya"... saya senyum ja tgk keterujaan student tersebut. Ada juga pelajar yang tak teruja, katanya boring pasal takde kawan bila balik kampung. Dkt sini dia banyak kawan. Hehehe.. mcm-mcm karenah. Bagi International Student pula, bila time semester break, mereka akan ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Kesempatan ini digunakan untuk bersama rakan-rakan dari Universiti yang lain. Ada juga yg mengadu kpd saya yang mereka Homesick tp tak boleh nak balik pasal cuti sangat singkat dan tambang kapal terbang pula mahal. Sian pulak kat student international ni.
Apa pun, cuti yang singkat ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh pelajar. Sama ada untuk rehatkan minda setelah bergelut dengan final exam ataupun meluangkan masa bersama keluarga. Kesihatan dan keselamatan diri juga harus dijaga kerana bermacam-macam benda boleh terjadi jika kita ambil sambil lewa mengenainya. Pernah student saya meninggal dunia setelah pulang ke kampung kerana sakit. Naik cuti ja, saya terus dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh ahli keluarga beliau. Innallillah... Ada juga pelajar yang kemalangan ketika di dalam perjalanan ke Kolej setelah habis cuti study week. Akibat kecuaian pemandu teksi tersebut, pelajar itu terpaksa extend satu semester kerana mengalami gegaran otak akibat perlanggaran teksi tersebut dengan lori. Kita mmg merancang tp ALLAH swt yang akan menentukannya. Tetapi tidak salah jika kita ambil sedikit langkah berjaga-jaga.
Kepada semua pelajar Kolej Kediaman Perwira, selamat bercuti dan selamat sampai ke kampung masing-masing. Tidak lupa juga, selamat mendaftar semula pada 1 Januari 2011 nanti. Be Good and always remember, SAFETY FIRST in whatever things that you do.

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Bersama Dato' NC





Setiap kali tiba bulan Ramadhan, setiap kolej kediaman di UTHM akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Dato' NC. Tahun ini, adalah kali yg ketiga saya dan staf mengendalikan majlis berbuka puasa ini. Pastinya setiap kolej kediaman mahukan menu yg terbaik untuk para pelajar dan pegawai2 kanan UTHM yang akan bertandang ke kolej masing2. Bagi saya, apa yang penting, makanan tersebut takkan buat pelajar dan para tetamu sakit perut. hehehe... Menu untuk pelajar kali ini ialah ayam masak kurma, sayur kobis goreng, sambal belacan, buah oren, karipap, kuih tako dan air kotak. Pelajar juga diberikan sekotak buah kurma dan sebotol besar air mineral water. Manakala untuk VVIP pula, nasi beriani ayam dan kambing menjadi hidangan serta juadah yang lain. Kami juga memberikan 'berkat' kepada VVIP iaitu beg kecil berisi Yaasin dan muffin.
Tetapi kali ini, apa yang menjadi kerisauan saya ialah hujan. Sejak kebelakangan ini, cuaca di Parit Raja agak tidak menentu. Pada paginya panas terik, tetapi bila lewat petang saja, pasti hujan dan kadang kala dengan ributnya sekali. Saya berdoa agar tidak hujan pada hari majlis. Ini kerana, pelajar akan duduk ditikar kerana kami akan makan didalam dulang. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, ALLAH swt yg menentukan. Pada pagi majlis tersebut, langit mendung sekali. Gelap je.. Hati saya dah risau dah.. betul, hujan turun mencurah-curah tetapi tidak lebat. Apabila tiba majlis, hujan hanya gerimis sahaja. Alhamdulillah... Lebih penting lagi ialah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan ada sedikit pujian diberikan kepada kolej kami.
Apa yang menariknya, pelajar Non-Muslim juga turut berbuka sama dan makan di dalam dulang bersama-sama pelajar Muslim yang lain.

Wednesday, June 16, 2010

Bukan seperti yang disangka



Selesai sudah kursus BTN saya selama 5 hari 4 malam. Bermula pada 10 - 14 Jun 2010 di Kem Integrasi Arca Warisan, (KIWA) di Sepang, Selangor. Pada kali ini, UTHM digabungkan dengan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh atau singkatannya KSKB. Sebelum ke kursus tersebut, banyak benda yang saya fikir. Apa yg bakal saya tempuh. Saya sememangnya tidak pernah ke kursus BTN. Ramai org ckp yg kita akan di 'brain wash' la, kena sokong kerajaan la, kalau salah cakap nanti pasti akan dibuang dari kursus la dan mcm-mcm lagi perkara negatif. Saya jd lagi takut. Tetapi, setelah menempuhnya selama 5 hari, ternyata apa yang dikata, tidak berlaku sama sekali.
Kursus BTN ini lebih kepada kita mengenali sejarah bangsa dan negara. Semangat yang dipupuk ialah semangat kecintaan kepada negara, tiada pun mereka suruh sokong parti mana2. Bila difikirkan, memanglah kita belajar sejarah ketika sekolah, tetapi bila ke BTN, kita dapat mengetahuinya dengan lebih mendalam. Kursus ini terbahagi kepada 4 sesi pembentangan kertas kerja, 9 sesi LDK dan ujian kecergasan. 4 sesi tersebut menerangkan mengenai Tanah Air, Rakyat, Kerajaan dan Kedaulatan. Manakala sesi LDK pula dibahagikan kepada 9 kumpulan kecil untuk 9 sesi LDK yang akan diketuai fasi. Fasi saya sangat menarik. Beliau ialah En. Khairul Azam B. Abdul Aziz. Mcm pernah dengar tak namanya? Kalau nak tahu lebih lanjut, sila google nama beliau. Anda pasti terkejut. Hehehe.. Input dan informasi yang diberikan adalah sangat menarik. Kemudian, semua peserta wajib mengikuti ujian kecergasan. Antaranya, larian 2 km, tekan tubi, imbangan jalan dan beberapa lagi ujian. Apa yang menarik sepanjang kursus ini ialah pemakaian kami sewaktu kursus. Kami hanya dibenarkan memakai baju kurung putih, kain hitan dan tudung hitam bagi wanita, manakala yang lelakinya pula berkemeja putih dan berseluar hitam. Sepanjang kursus, kami semua berasa muda je, ye la, mcm budak sekolah agama. Hehehehehe... Pakaian sukan hanya ketika riadah sahaja.
Sepanjang kursus ini, banyak kenangan manis yg saya dapat. Selain sahabat2 baru dari KSKB, saya juga berjumpa semula dengan kawan baik saya ketika diploma dulu. Namanya Norhaida Bt. Ariffin. Beliau juga merupakan Ketua Fasilitator kursus tersebut dan Pengetua Kem Meru. Hebatkan... Pertemuan yg tak disangka tu mmg buat saya sebak, beliau pun begitu juga. Kami berpelukan mcm jejak kasih...hehehehhe... Tp sepanjang kursus, professionalisme masih dikekalkan. Kami cuma duduk berbual bila ada masa terluang. Ketika kursus berjalan, saya menghormatinya sebagai Ketua Fasilitator.
Apa pun, kursus ini membuatkan saya bertambah sayang kepada negara. Semangat kenegaraan tu semakin menebal dijiwa. Tiada tempat yg lebih baik dari Malaysia.

p/s : harap2, semangat tu kekal, bukan hanya setakat selepas habis BTN sahaja...heheheh

Tuesday, June 8, 2010

H1N1 menyerang kembali...


Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja. Kalau kita baru bertemu pada minggu yg lepas, tidak pasti lagi jika kita dapat bertemu pada minggu ini. Semuanya terletak pada kuasa ALLAH s.w.t. Pada hari jumaat yg lepas, saya dikejutkan pada awal pagi subuh dengan berita yg mengejutkan. Makcik saya meninggal dunia pada pukul 6.00 pagi. Saya tahu dia sudah berada di dalam keadaan koma sehari sebelum dia meninggal dunia. Puncanya, arwah hanya demam sahaja. Demam arwah tidak kebah walaupun sudah seminggu, batuknya pula jd makin teruk. Pada pagi khamisnya, keadaan arwah semakin teruk, apabila pakcik saya telefon ambulan untuk meminta mereka membawa isterinya ke hospital, jawapannya hampa. 'Kami takkan bawa pesakit yg hanya demam', itu kata pihak hospital. Padahal, pada waktu kejadian, arwah makcik saya sudah sesak nafas dan tidak mampu untuk berjalan. Pakcik saya malas nak bertekak dengan pihak hospital, dia angkat arwah dan bawanya turun ke bawah dari tingkat 4. Apabila sampai di hospital, arwah terus pengsan dan tidak sedar sehinggalah dia meninggal dunia.
Apabila di diagnos oleh doktor, beliau mengatakan arwah ada paru-paru berair, tekanan darah yg tinggi dan tahap kencing manis yang tinggi. Tetapi, apabila arwah didiagnos semula selepas meninggal dunia, doktor mengesahkan arwah positif H1N1. Selepas disahkan, pihak hospital menguruskan semua pengurusan jenazah dan keluarga arwah hanya boleh melihat jenazah dan tidak boleh menciumnya. Sebak rasa keluarga arwah, hanya boleh melihat sahaja. Jenazah juga hanya boleh dibawa balik ke rumah, tetapi tidak boleh dibuka kain kafannya dan hanya 15 minit sahaja boleh berada di dalam rumah. Selepas dibawa ke surau untuk disolatkan, jenazah dibawa terus kawasan perkuburan Bukit Aliff. Ketika di sana, org dari pihak hospital sudah menunggu. Hanya org hospital sahaja yg boleh membawa masuk mayat ke dalam liang, sambil memakai penutup mulut. Tetapi untuk urusan kambus tanah, boleh dilakukan oleh ahli keluarga. Sedih bila kami mengenangkan cara pengurusan jenazah arwah, walaupun sempurna dan tertib tetapi sedih juga bila tidak dapat sepenuhnya diuruskan keluarga. Keluarga arwah juga redha dan faham mengenai prosedur pihak hospital bila menguruskan jenazah yang melibatkan penyakit wabak.
Buat masa sekarang, saya dan keluarga juga kurang sihat dan demam, tetapi beransur pulih. Kepada rakan-rakan blogger sekalian, jika rasa kurang sihat atau demam, cepat-cepatlah ke klinik atau hospital. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga. Dulu saya hanya dengar org luar je yang kena H1N1, bila kena kepada saudara sendiri, saya jd takut kerana melihat sendiri bagaimana arwah kena H1N1 dan kesannya mmg sangat cepat tanpa kita sedar.
Kepada Uncle Shukor, Alip dan Nadia, saya dan keluarga ucapkan takziah dan semoga Allahyarham Pn. Jamilah Bt. Johan ditempatkan di kalangan org-org yang solehah dan beriman. Al-Fatihah...

Saturday, June 5, 2010

Kursus Internal Auditing for UTHM


Lepas habis satu kursus, sambung ke kursus yg lain pulak.... penat rasanya. Semasa saya tengah berkursus induksi, saya dapat sms yg mengatakan bahawa saya perlu ke Kursus Internal Audit For UTHM. La, apa la pulak kursus ni. Kursus induksi saya habis pada 27 Mei 2010, kursus audit tu pula bermula pada 30 mei hingga 1 jun 2010 di Melaka pula. Hmmm.... saya berkata dalam hati, seksa yang induksi ni belum lepas, ada pulak seksa lain yg menanti. Penatnyer badan. Lepas tu saya pikir, hmm..pergi je la, boleh juga saya penuhkan jam berkursus saya untuk tahun ini. Di UTHM, semua staf harus memenuhi 40 jam masa berkursus untuk setahun. Jam kursus ini akan dimasukkan di dalam Sasaran Kerja Tahunan staf tersebut dan akan dinilai. Saya rasa semua jabatan awam pun sama juga rasanya.
Berbalik kepada kursus auditor td, saya mcm berat hati juga nak pergi. Arahan hanya kepada semua ketua di Pusat Tanggung Jawab masing-masing. Hanya yg terpilih sahaja. Kalau la bole digantikan dengan orang lain, pasti saya tolak. Ini kerana, kursus ini melibatkan klausa-klausa yg digunakan ketika audit dijalankan. Macam manala nak ingat klausa-klausa MS ISO 9001:2008 ni. Nak tak nak, pergilah juga saya ke Melaka untuk megikuti kursus tersebut. Tetapi setelah mengikuti sesi pertama kursus, rasa mcm best pula. Mungkin kerana penceramah dari SIRIM, En. Suhaimi Mohd Daud @ En. Jimi tu, sangat menarik dan menyeronokkan. hehehe...Berbagai cara digunakan beliau untuk mengingatkan kami tentang klausa-klausa yg digunakan. Pop up questions selalu diuji ketika di dalam kelas. Cara beliau cuba mengingatkan kami juga amat kelakar, berdekah je kami semua ketika di dalam kelas. Terdetik juga saya, bagus juga pergi ke kursus ini, bole tahu apa yang auditor buat dan cari ketika mereka menjalankan sesi audit jabatan kami. Ilmu baru ni...bagus juga.
Tetapi diakhir kursus, kejutan pula yg kami dapat. Rupa-rupanya, staf yg hadir ke kursus ini secara automatiknya akan menjadi Internal Auditor untuk UTHM. Kami semua ternganga, terkejut dan bingung. Alamak, tak pasal-pasal jadi Internal Auditor UTHM, bertambahla lagi tanggungjawab...Adusssssssssssss...

Friday, May 28, 2010

Kursus Induksi Umum 2010

Selesai sudah kursus Induksi Umum / Khusus untuk pegawai sokongan A&B. Bermula dari 17 hingga 27 Mei 2010. Kursus ini harus dilalui oleh semua kakitangan awam untuk disahkan jawatan, sekaligus akan diberikan pilihan sama ada kita mahu memilih skim pencen ataupun KWSP. Sepanjang 11 hari 10 malam tu, banyak benda yang saya belajar. Baru saya tahu benda itu dan ini. Dengar ceramah memang membosankan, tetapi sebenarnya, info yang yang diberikan amatlah berguna dan memang patut dipraktikkan oleh semua kakitangan awam. Kursus ini juga adalah mandatori kepada semua kakitangan awam. Setelah penat mendengar ceramah, diakhir kursus, kita akan diuji dengan peperiksaan. 40 soalan objektif dan 4 soalan esei yg perlu dijawab. Letih tangan saya menulis esei. Sebelum ke kursus, kami perlu menyiapkan 5 esei tentang sejarah malaysia, perintah am dan arahan perbendaharaan. Susahnyer...dah lama tak buat assignment. Semasa di dalam kursus, kami ingat seksa dah lepas, rupanya tidak, kami ada pembentangan kumpulan, persembahan kumpulan dan public speaking dalam bahasa inggeris. Huh....
Tapi, selain ilmu pengetahuan baru yang saya dapat, ada juga beberapa perkara yg saya dapat lihat sepanjang kursus ini, ia adalah sikap merendah diri dan meninggi diri sesetengah peserta. Nak diceritakan pun mcm tak beberapa elok, biarlah ia menjadi sebahagian dari kenangan saya.
Harapan saya, semoga saya dapat lulus kursus ini. Lepas ni, kena pergi BTN la pulak....heheheh

Monday, January 25, 2010

Bengang


Bingung dan bengang. Asyik tukar dan menyusahkan saya. Sekejap ke majlis itu, kejap ke majlis ini. Pening kepala saya. Senang je ckp, yg menanggungnya...saya dan staff saya...nanti kalo yg dicaci dan dimaki oleh student... saya dan staff saya lah yg kena...hmmm...

Seluruh rakyat berdukacita...


Seluruh rakyat berdukacita... Al-Fatihah..

Happy New Year 2010


Selamat tahun Baru 2010. Saya rasa, sayalah org yg paling lambat wish Happy New Year 2010. Tp takpela, masih di dalam bulan Januari 2010 lagi kan...so tak terlambat la sgt. Tahun baru saya kali ini bermula dengan a bit of bumpy road. Mcm2 hal terjadi.... harap2 ianya tidak akan berpanjangan sepanjang tahun...

Saturday, December 26, 2009

Kena SACAD lagi...

Saya kena SACAD lagi. Tapi kali ini bukan ditujukan kepada Kolej Kediaman Perwira, tp personally kepada saya. Sebentar td, PP saya dtg dan sampaikan kepada saya. SACAD tentang saya. Di dalam SACAD tersebut, pelajar kata saya pakai baju tidak mengikut etika bekerja. Dia juga menyatakan yang saya berbaju ketat. Erkkk...kenapa la pulak? Saya hanya berbaju kurung dan sekali sekala memakai blaus. Mana yang ketatnya? Kan saya gemuk, takkan la plak saya nak pakai baju ketat, lagi hodoh la jadinya. Ada ke saya pakai pakaian yg menjolok mata? Saya tahula mcm mana nak sesuaikan dengan diri saya yang gemuk ni. Saya tahulah nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang rata-rata orgnya berfikiran tertutup. Kepoh dengan kisah org lain, tetapi tidak mahu memperbaiki dirinya sendiri. Saya katakan kepada PP saya, biar saya jawab SACAD tersebut sendiri, dengan cara saya.
Kekadang saya pelik la, kenapa org suka mencari kesalahan org lain. Oleh kerana dia tidak dapat cari kesalahan kolej kediaman saya, dituduhnya pula saya berpakaian ketatla hapa la... Bila difikir balik, betul juga amalan yang diamalkan oleh syarikat swasta, 'The clothes that u're wearing does not matter, but work does'.... Sabar je saya dekat sini..... Saya mmg betul2 marah. Hilang terus semua mood kerja, tapi takpa la, kerja saya mesti diteruskan. Biarlah diaorang nak kata apa, yang penting, 'SAYA ADALAH SAYA'....

Wednesday, December 23, 2009

Ilmu di mana-mana...












Akhirnya jumpa juga.. Hawke's Green Beret Survival Manual by Myke Hawke. Mmg saya dah puas cari buku ini. Akhirnya dapat juga di MPH City Square di Johor Bahru. Lepas nampak je, terus grab, pay n go. hehhehe... really worth buying it, although it cost me a chunk of money. hehehhe... i'll do anything in order to building up my knowledge on Survival. Bertambahlah lagi koleksi dan sedikit ilmu saya tentang aktiviti yg paling saya minat iaitu SURVIVAL. Selepas buku Bear Grylls dan Chris Ryan, datang pula Myke Hawke menyusul di belakang. hehehehheh....
Buku survival saya yg pertama ialah Teknik Ikhtiar Hidup oleh Mejar (B) Mohd Yusoff Abdullah. Saya pinjam buku itu dari En. Hisyam, kemudian photostat dan pulangkan semula. Di situ timbul minat. Saya mula mencari sumber2 di internet dan buku2 rujukan. Boss juga ada tunjukkan cara2 ikhtiar hidup dikelasnya. Sehingga sekarang, saya ada berbagai koleksi buku Survival. Mungkin sesetengah org rasa ianya sama, buat apa beli banyak2 buku? Tidak, sebenarnya lain org, lain caranya. Tapi, apa yang paling penting dalam Survival ialah 'Never Quit and Keep on Surviving!!'

Tuesday, December 8, 2009

Parasit

Jangan jd parasit. Nanti makan diri sendiri. Ada parasit yg baik dan sebaliknya. Parasit yang baik akan menyokong dan membantu dengan caranya yg tersendiri. Parasit yang kurang baik akan meracun dan membunuh dalam senyap. Kehidupan, kerja, kekeluargaan dan persatuan, ada parasitnya yg tersendiri. Di sini, ada dua tiga org yg telah dikenal pasti sebagai parasit. Mmg jenis yg kurang baik, yang kena tempiasnya adalah rakan2 nya, org kuatnya dan org jagaannya. Kerana ingin menutup kekurangannya, dia babitkan org lain, salahkan org lain, lari dari masalah, bawa masalah baru dan bawa banyak lagi perkara negatif. Kerana mulut, badan binasa. Org tak bersalah diheretnya sekali. Ubahlah perangai, ubahlah cara dan bantulah seadanya. Kita tak selalunya menjadi org yg penting. Anda jaga tempat anda, saya jaga tempat saya...
p/s: Saya pun serba kekurangan. Harap2 tak jd dan dijauhkan dari menjadi parasit....

SPARK 2009

Minggu lepas, hampir seminggu saya berkampung di Paradise Sandy Beach Resort untuk Seminar Pengurusan Arsama Peringkat Kebangsaan 2009 @ SPARK 2009. Seminar bermula pd 30 Nov hingga 4 Dec 2009. Pelbagai pembentangan dari IPTA yang terpilih dan semuanya merangkumi bagaimana mentadbir asrama dengan lebih terurus dan efisyen. Ini merupakan kali pertama saya mengikutinya dan seminar ini hanya berlangsung 2 tahun sekali. Objektif seminar ini adalah untuk menyediakan kemudahan asrama yang terbaik untuk para pelajar kerana mengikut kajian, sebanyak 80% masa belajar mereka di IPT banyak di habiskan di kolej kediaman. Jika kolej kediaman yang disediakan amat selesa dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan, jumlah pelajar yg akan cemerlang di dalam pelajaran juga akan meningkat. Ini kerana mereka dapat duduk dgn selesa di kolej kediaman masing2. Antara IPTA yg terbaik menguruskan kemudahan kolej kediaman ialah UiTM. Cara pengurusan dan penyelarasan kolej kediamannya boleh dijadikan sebagai contoh. Bangga saya mendengarnya dan mmg saya akui, UiTM mmg sgt bagus di dalam mentadbir dan mengurus kolej kediaman. Pihak pengurusan mereka juga tidak lokek berkongsi ilmu dan mereka membuat pengredan kolej kediaman mereka sendiri. Jika kolej kediaman tersebut dapat mencapai objektif dan berjaya memenuhi kemudahan pelajar, kolej tersebut akan digredkan sebagai Kolej 'A'. Kolej 'A' di UiTM sekarang dipegang oleh Kolej Mawar dan Kolej Seroja. Bangga juga pasal saya pernah duduk kat kolej Seroja masa belajar dahulu. Banyak juga input yg saya dapat sepanjang seminar ini berlangsung. Terasa mcm berkobar-kobar pulak nak menguruskan kolej kediaman. Hehehheheh...
Cuma apa yg dikesalkan, ada segelintir pegawai yang 'menghaibkan' diri ketika seminar berlangsung. Bila awal pagi, ramai je yg hadir, tetapi bila waktu petang, semuanya 'hilang'...Dewan seminar tu nampak mcm lengang je. Mungkin mereka pergi cari nasi kandar dan jeruk2 kot... Tak bagus sebenarnya sikap mcm tu. Kita datang seminar tu untuk belajar benda baru, mana yg baik boleh diaplikasikan dan cari kekurangan kolej kediaman kita untuk diperbaiki. Hmmm....entahlah...masing-masing...
p/s : kerja yang dahulunya saya tak tahu hujung pangkalnya dan tidak biasa dengan suasananya, lama kelamaan jd seronok pula...Alhamdulillah..