Tuesday, April 21, 2009

Apalah salah saya...

Saya tak tahu lah apa salah saya....Saya cuba bagi jalan penyelesaian yg paling mudah. Tp tidak diterima. Tetapi bila yg lain memberi cadangan yg sama, umpama 'copy paste', terus diterima dan dipuji. "Cadangan yg baik, elok la tu...." Apa la salah saya....padahal saya dah cakap awal2 dah....Adakah saya dah putus asa? Tidak, saya takkan berputus asa. Mereka baik orangnya, tetapi kekadang tu, rasanya mcm mereka tak suka saya. Takpela...saya akan bersabar...

Friday, April 17, 2009

Tasha


Esok, 18 April 2009, pada jam 8.45 mlm, adik saya Natasha akan membuat persembahan 'Keroncong Di Raja Johor 2009. Bertempat di Auditorium RTM Johor Bahru. Adik saya akan menyanyikan lagu 'Mahameru' dan sebagai pembuka acara (penyanyi pertama). Persembahan ini diadakan setiap tahun apabila hari keputeraan baginda menjelma. 8 April 2009 adalah hari keputeraan Sultan Johor dan pada hari tersebut juga, setiap daerah di Johor akan membuat majlis Yaasin untuk Baginda. Dalam bulan ini juga akan disusun pelbagai aktiviti untuk tontonan rakyat jelata, seperti 'Jazz di Raja Johor, Zapin dan Bangsawan. Untuk tahun ini, adik saya terlibat dengan keroncong dan bangsawan.

Sunday, April 12, 2009

Please Remember What's First

Please Remember What's First - The priorities of Survival

Protection

Priority number one in a survival situation is the protection of yourself - whether from extreme conditions (sub zero temperatures and wet clothing, for example, will kill you in a few hours, as will extreme heat with no shade), dangerous animals, or an airplane about to explode. You must protect yourself first - there is no point getting water but becoming hypothermic in the process.

Rescue

The next priority is to set yourself up to be rescued - lay out objects, stones, or whatever material is at hand, in a large SOS near your shelter. Rescue services will start their search as soon as they know you are in trouble, so don't miss those early opportunities to be saved; be prepared. As long as it is safe to do so, you should wait where you are. Stay put. If you are in a vehicle, don't stray from it. Stay nearby. Be smart; make yourself safe, make yourself visible, and then wait to be rescued. If the rescue services are not going to come, or days have passed with no sign of searches, then you need to think about planning self rescue: getting yourself out of there on your own two feet. This should be a last resort, but ultimately rescue must be the main goal of survival and you must do whatever it takes to save yourself. Leave a signal, either on the ground with stones or anything you can find, to indicate the direction you are taking and when you left, then prepare yourself and go for it.

Water

Once you are protected from the elements, and prepared for rescue, you must stay alive long enough for rescue to come. Water now becomes you top priority. Think in 3s: You can live three hours without decent protection from extreme heat or cold; Three days without water; But you can survive for three week without food. Get your priorities straight. You must find water.

Food

Energy is needed even more so if your plan involves self-rescue. But remember, you can survive much longer without food than without water, and your body has plenty of reserves of both muscle and fat to work through. If water is in short supply, restrict your eating, especially of too much protein, which requires more water to digest. Learn to scavenge as early man did. Find berries, maggots or grubs before you chase the big game. This is how you really stay alive.

So that's it: PRWF....Protection, Rescue, Water, Food...or PLEASE REMEMBER WHAT'S FIRST!

Sources from Man Vs Wild - Bear Grylls

Saturday, April 11, 2009

'Sumpah Mama'

Pernahkah anda semua minum air kaki ibu? Org yg kena minum air kaki ibu ialah mereka yg sgt nakal dan tidak mendengar kata2 emaknya. Selalunya, ia dilakukan ketika individu itu di dalam proses pembesaran. Ritual tersebut hanya dilakukan oleh sesetengah pihak sahaja. Pihak yang mempunyai anak yg sgt2 nakal dan tidak boleh dikawal. Hehheheh. Jgn terperanjat, saya dan adik2 saya pernah kena minum air kaki mama saya. Hehehehhehe. Nak tau kenapa? Kerana kenakalan kami adik-beradik. Sebenarnya, ritual tersebut hanya untuk adik saya yg ketiga sahaja (Tasha), tetapi dengan saya sekali kena minum air tersebut. Adik saya, Tasha, amat nakal ketika kecil. Rotan umpama mainan baginya. Atas nasihat seorang ustaz, emak saya disuruh buat air tersebut dan kami minum dan mandi air tersebut selama 3 jumaat berturut-turut. Kami tak tahu pun air tersebut air kaki mama. Bila dah besar, baru mama cerita kepada kami. Semasa kami dengar mama cerita, spontan saya dan adik2 ckp 'YUCKS!!!!' hahahhahha. Tp mama saya kata, bukanlah kakinya kotor ketika buat air tersebut, tetapi kakinya harus dibersihkan sebersih-bersihnya. Mama kata anak2nya semua baik2, tetapi hanya sebagai peringatan sahaja. Mungkin pasal sebab itu, segala apa yg mama saya ckp, saya takkan melawan. Nak tau kenapa?...Saya pernah terkena 'Sumpah Mama'....

Kejadian tersebut berlaku ketika saya didarjah 6, saya accident dengan adik saya Didi. Kami berlanggar sesama sendiri dengan basikal kami. Puncanya, ketika itu rumah saya akan ada kenduri pada sebelah malamnya, tetapi saya dan adik enggan tolong mama. Kami lihat ramai makcik2 kami datang untuk menolong, jd kami beranggapan, tidak payahlah tolong mama. Mama melarang kami dari bermain basikal, tp kami tetap berdegil. Semasa nak keluar dari rumah, mama dengan garangnya berkata "Ko keluarlah, nanti ko berlanggar adik beradik"...Kami tersentak bila mendengarnya. Tetapi, oleh kerana perasaan malas dan degil tu menguasai diri, kami tetap keluar juga. Nak dijadikan cerita, ketika mengayuh basikal, kami betul2 berlanggar adik beradik. Masa tu dah rasa takut dah dan mula rasa nak nangis. Habis luka-luka siku, lengan dan kaki kami. Keadaan basikal jgn ckplah, mmg ranap sekali. Cepat2 kejadian tersebut dimaklumkan oleh jiran kami kepada ayah. Ketika ayah datang, kami rasa lega dan buat muka kesian. Tapi nak tau apa yg kami dapat? ZASSSS... rotan dilibas di badan kami. Kami cepat2 angkat basikal tp tak boleh nak lari pasal kaki tangan dah sakit2. Ingatkan dapat belas kasihan dari ayah, rupa-rupanya 'Hadiah Rotan'..huhuhuhuh. Bila sampai didepan pintu rumah, mama saya terperanjat dan terus meluru kearah kami. Sambil mengalir air mata, mama ckp "Kan mama dah kata, jgn pergi, nape degil, kan dah kena"...Sebenarnya, mama tak sangka apa yg dia 'sumpah' akan berlaku. Sejak dari itu, saya tidak pernah melawan ckp mama dan mama pun sgt berhati-hati jika nak ckp sesuatu kpd kami. Sumpah emak mmg menjadi. Sebenarnya, apa pun yg terjadi, kita mmg tidak sepatutnya melawan kata2 emak dan ayah kita. Tak kisahlah jika anda pernah minum air kaki ibu atau tidak, tetapi sebagai anak, kita mmg harus menghormati kedua ibu bapa kita. Mereka besarkan kita dengan penuh kasih sayang dan perit jerih. Mmg patut pun apa yg disumpah menjadi.


p/s: Saya tidaklah nakal sgt ketika kecil. Cuma saya pernah seret Tasha kat simen, tolak Didi kat tangga sampai keningnya terkoyak dan berdarah, tersimbah air panas kat Tasha.....Nakal ke saya?

Thursday, April 9, 2009

Minggu yg Letih tp Seronok

Minggu ni agak sibuk dengan tugasan di ofis, tetapi sempat gak jengah blog sahabat2. Minggu lepas, minggu saya bermula dengan agak slow, malas dan stress. Saya sampai terpaksa ambil MC kerana kena migraine yg teruk. Diberi rehat satu hari oleh Doc Saidatul. Mungkin pasal pening nak pikir pasal penempatan pelajar. Setelah berehat satu hari, barulah ok skit, itupn kepala masih berdenyut-denyut. Sabtu lepas, sahabat saya, Nizam telah datang ke restoren ayah saya di Danga Bay. Tujuannya ke JB adalah kerana ada pameran 'Jom Masuk U'. Dia wakil dari Fakulti Perubatan. Kebetulan, saya juga berada di JB, apa lagi bila dah berjumpa, bermacam-macam ceritalah kami sembangkan. Kami jarang berjumpa, cuma berhubung melalui telefon dan sms saja.
Pada hari Ahadnya pula, saya dan keluarga ke Dewan UPM di Serdang kerana adik saya ada undangan nyanyian di sana. Saya sempat memaklumkan kpd beberapa rakan lain dan mungkin masa tidak beberapa sesuai, mereka semua agak sibuk dengan persiapan Eco Challenge yg akan berlangsung pada bulan Mei 2009 nanti. Tetapi PPT dan keluarga sempat berjumpa dengan saya dan keluarga. PPT sempat berbual dengan ayah saya walaupun pertemuan tersebut amat singkat. Last sekali PPT bertemu dengan ayah saya ialah ketika insiden 'Tioman'. Banyak juga benda yg dibualkannya. Saya sgt berharap perhubungan semua sahabat2 dan guru2 saya akan berkekalan sampai bila2.

p/s : Ustad, Angah dan Nizam dah sampai ke kedai saya, sahabat2 saya yang lain bila pula? Jemputlah datang ke 'Cafe Segar Amat' di Rumah Limas Segamat, Danga Bay, Johor Bahru

Tuesday, March 31, 2009

Bengkel Jurulatih dan Pengurus Pasukan UTHM 2009


27-29 Mac 2009 yg lepas, saya kena attend Bengkel Jurulatih dan Pengurus Pasukan UTHM 2009 di Hotel Dorsett, Johor Bahru. Saya telah dilantik sebagai pengurus pasukan Taekwondo ITF UTHM. Alhamdulillah..saya terima lantikan tersebut. Walaupun sebenarnya saya lebih mahir kepada Taekwondo WTF. hehehheh. Bengkel tersebut sangat bagus dan mmg tidak disangka, penceramah yg dipanggil untuk memberi ceramah Sport Injury dan Sport Science, tidak lain tidak bukan ialah PM Dr. Anuar Suun. Kami sempat berbual dan bertanya khabar. Doc ada menyatakan kebanggaannya bila mengetahui Pusat Sukan UTHM diuruskan oleh bekas pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dari pegawai hinggalah ke pembantu. Cuma saya je yg tercampak ke kolej kediaman. hahahha. Ilmu yg diberikan oleh Doc sepanjang bengkel mmg amat berguna dan seperti masuk ke kelas semula. Senang faham. Tapi bagi sesetengah jurulatih dan pengurus, ilmu tersebut sangat baru bagi mereka. Takpa, asalkan mereka faham dan boleh aplikasikannya untuk masa akan datang.

Semasa 28 Mac 2009 itu juga, Hotel Dorsett juga telah mengambil bahagian di dalam 'Earth Hour 2009'. Jadi hotel tersebut akan bergelap dari 8.30 - 9.30 mlm. Kebetulan, waktu tersebut waktu makan malam kami. Apa lagi, makan dalam gelap la. hahhahah. Nasib baik kami dibekalkan lilin di meja makan kami. heheheheh. Apa pun, bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan rata2, semuanya berpuas hati dengan input yg diberikan.

Thursday, March 26, 2009

Hari Penamaan Calon JKP

Td, berlangsungnya sessi penamaan calon untuk pelajar yg ingin menjadi JKP Kolej Kediaman Perwira. Pada mula sessi, sebanyak 18 org yg bertanding, tetapi apabila waktu bantahan, terdapat 2 bantahan yg kami terima. Hanya 1 sahaja yg kami terima dan satu lagi kami tolak setelah berbincang dengan pihak rayuan. Org yg dibantah pun taknakbuat rayuan dan seperti sudah patah hati...hmmm..takpelah..Akhirnya, hanya 13 org calon sahaja yg akan bertanding. Ini kerana 4 kerusi lagi sudah dimenangi tanpa bertanding. Pemilihan akan dilakukan pada 1 April 2009. Nampaknya, perang poster, motto dan manifesto akan bermula di Perwira. Good luck kepada semua calon....semoga anda semua dapat membuat pembaharuan di Perwira.

Tuesday, March 24, 2009

Mana yang lebih baik? Fikir2 kan lah....

Alhamdulillah, selesai sudah Final Camp di Latta Charok, Janda Baik 13-20 Mac 2009 yang lalu. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah besar. Terima kasih kepada En. Hisyam B. Che Mat kerana masih memberi peluang kepada para Alumni Perlu untuk sama2 membantu aktiviti yg dijalankan. Walaupun kami dah jd Alumni, tetapi nasihat, sokongan dan tunjuk ajar, sentiasa diberikan demi untuk kebaikan kami dan hasilnya, kami para Alumni sentiasa bersatu di dalam apa jua keadaan. Terima kasih boss.. Tak lupa juga kepada ahli Perlu yg On and Off ketika kem berlangsung. Walaupun ada kelas, tetapi bila ada kelapangan, pasti terus ke Janda Baik untuk menolong. Diharap dapat mengekalkan attitude ini setelah menjadi Alumni seperti kami. Terima kasih juga kepada Che Sue, Che Din dan Miss Azlina yg datang singgah walaupun sibuk dengan tugasan masing2. Diharap para peserta yg mengikuti kem kali ini dapat memahami tindakan, tunjuk ajar dan pengajaran yg diberikan. Janganlah jadikan kem ini sebagai satu mimpi buruk, sebaliknya, jadikanlah ia sebagai kenangan yg tidak dapat dilupakan dan dibeli di mana-mana.
Sepanjang saya ikut Final Camp sejak tahun 2001, pendekatan yg diberikan oleh En. Hisyam, tidak pernah berubah dan mmg betul2 berkesan kepada peserta. Peserta yg berfikiran positif ataupun tidak, pasti akan terasa 'penangannya'. Aspek Safety dan elemen spritual pasti diterapkan oleh En. Hisyam dan outcomenya mmg terasa. Pernah sekali, En. Hisyam hampir tidak dapat handle program di atas sebab2 tertentu, final camp tersebut jadi kelam kabut dan haru biru. Saya taknak ckp final camp yg mana, pasal saya ada disitu dan mengalaminya sekali. Lately ni, saya terbaca blog seseorg dan dia komen dan membandingkan final camp yg dianjurkan oleh En. Hisyam. Saya jd marah dan muak. Ini kerana saya rasa, org tersebut tidak layak bercakap pasal benda tersebut. Dia baru setahun jagung ikut final camp tp sudah pandai membandingkan final camp mana yg 'user friendly' la, keras la, panas la...Saya mmg betul2 panas hati. Dia tak kenal individu tu siapa yg sebenarnya. Ingat, ilmu tu datang dari mana, kalau anda dari acuan yg lain, jgn komen pasal final camp En. Hisyam. Saya minta maaf kalau topik kali ini, saya agak emosi dan lepas ckp, tp saya rasa individu tu bercakap benda yang salah dan membandingkan benda yg tak patut. Saya nak ingatkan pada semua, akibat dari komen mcm ni lah yg menbuatkan individu yg tak tau apa2 pasal final camp, boleh simply ckp bukan2 pasal final camp. Final camp untuk dibuli la, ragging la, nightmare la..mcm2 lagi la. Kutuk guru dan org sampai sekarang. Dah berkerjaya tp perangai masih lagi teruk. Mungkin ilmu tu tak diberkati kot?, sebab tu 'panas' je. Ikut final camp dan kenal En. Hisyam...baru anda tahu konsep final camp yang sebenarnya. Nak saya cerita ke apa yg jd di Tioman (hasil buah tangan peserta ) dan Tasik Banding (hasil buah tangan *********) ? Tak payah la...kan final camp lain tu lebih baik dari Final camp yg sedia ada..'kurang panas dan keras'. Kalau rasa tak puas hati dengan apa yg saya postkan...takpa, boleh komen...saya terima.. saya pun bukannya bagus sangat dan masih lagi belajar dan tercari-cari...
Bak Motto Alumni:
'WHEN WE STOP LEARNING, WE STOP LEADING'

Alhamdulillah..akhirnya...

Alhamdulillah....semalam, masuk sahaja office, banyak surat dan kerja yg menunggu...Penat masih tak hilang lagi, tp yg penting..kepuasan buat aktiviti dan berjumpa dengan sahabat-sahabat saya. Kemudian, saya check TCIS, untuk tahu kedatangan dan baca email universiti. Tetiba saya terpandang di column perkhidmatan, saya telah diserapkan ke jawatan TETAP. Tempoh percubaan selama 6 bulan telah berakhir. Syukur, Alhamdulillah...tidak terkata sukanya. Saya terus telefon ayah. Ayah menasihati saya supaya bekerja bersungguh-sungguh dan bersedia untuk menghadapi cabaran yg lebih hebat. Mmg betul kata ayah. Sepanjang tempoh percubaan saya, banyak cabaran yg saya tempoh, nak menegakkan apa yg saya faham, membetulkan persepsi org dan mcm2 lagi. Saya banyak bersabar walaupun kekadang tu, saya terlepas jugak kemarahan saya.
Pada sebelah petangnya pula, timbunan surat mula datang kepada saya. Sedang saya selak2 surat2 tersebut, terpandang satu surat kelulusan. Sekali lagi saya tersenyum dan bersyukur. Program rekreasi Level 1 yang telah direject, diterima semula dan mendapat sokongan dari TNC. Alhamdulillah....... Setelah berusaha menyakinkan org2 disekeliling dan org atasan, akhirnya program tersebut diterima juga. Khabar baik tersebut terus saya maklumkan kepada Yasir dan Shawn. Nampaknya minggu saya bermula dengan baik. Saya berharap, minggu ini juga akan berakhir dengan baik juga. Insyallah...

Thursday, March 12, 2009

Final camp Mac 2009

Sabtu ini, 14 sehingga 20 Mac 2009, akan bermula Final Camp di Janda Baik, Pahang. Diharap semua peserta bersedia untuk melakukan aktiviti yg telah dirancang. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Good luck kepada semua peserta. Selamat...

Wednesday, March 4, 2009

Kemalangan depan mata

Pada malam hari Jumaat yg lepas, kami sekeluarga baru balik dari kedai ayah. Tetiba ayah terperasan ada satu kemalangan berlaku disebelah kanan jalan. Ada 4 org di situ dan salah seorgnya masih terbaring dikaki jalan. Ayah mengambil keputusan untuk berhenti dan memberi bantuan, memandangkan ianya masih baru terjadi dan tiada siapa yg membantu. Apabila tiba ditempat kejadian, mangsa yg terbaring asyik mengerang kesakitan dan rakannya menangis melihatnya. Mangsa tidak cedera parah, hanya luka tetapi dia mengatakan perutnya amat sakit. Setiap butir perkataan yg dikeluarkan, tidak begitu jelas. Ayah cuba menahan beberapa kereta dan mujur ada sebuah Pajero yg sudi membantu. Kebetulan, Pajero tersebut dinaiki oleh 2 org pegawai Polis yg tengah meronda. Nafas mangsa tersebut semakin perlahan dan rakan mangsa semakin resah. Semasa mangsa diangkat masuk ke dalam Pajero, ada benda yg kurang senang berlaku. Mangsa sebenarnya berada di dalam keadaan mabuk dan masih berbau arak. Kemudian, mangsa dihantar ke hospital berdekatan oleh Pajero tersebut. Menurut cerita rakan mangsa, mereka tidak melanggar dan dilanggar oleh sesiapa. Mangsa membawa motor terlalu laju dan gagal mengawalnya ketika melalui selekoh ke Danga Bay. Ayah memaklumkan perkara tersebut kepada ayah mangsa dan rakan mangsa pula menunggu abgnya untuk mengambilnya.
Semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah, ayah saya menyatakan kerisauannya terhadap remaja Melayu sekarang. Mabuk dan minum arak dah mcm minum mineral water. Remaja pun dah mcm tak sayang nyawa. Bawa motor laju2 dah jd mcm satu cabaran dan keseronokkan bagi mereka. Apa perasaan ibu bapa mereka bila dapat tahu anak mereka terlibat di dalam kemalangan dan berada di dalam keadaan mabuk. Kalau masih hidup lagi, mungkin masih tidak terlambat untuk bertaubat, tetapi kalau meninggal dunia....mcm mana?
Ya ALLAH, Ya Tuhanku, Kau peliharakanlah kesihatan, umur, kesejahteraan, jodoh dan rezeki kedua ibu bapa ku, adik beradik ku, aku, guru2 ku, sahabat2 ku dan saudara mara ku. Jauhkan kami semua dari azab api neraka serta perkara yg keji dan mungkar. Amin...

Wednesday, February 25, 2009

Kenapa saya suka ikut Final Camp....

Mungkin ramai yang tertanya, kenapa saya suka ikut final camp. Final camp ialah amali terakhir untuk para pelajar menunjukkan kemampuan mereka menguruskan sesuatu perkhemahan dan melakukan aktiviti yg diuruskan oleh Instructor. Saya sendiri pernah melalui final camp saya di Teluk Segadas, Pulau Pangkor pada tahun 2000. Ketika itu, kursus saya dipanggil SU11 dan subjek tersebut adalah 'Outdoor Recreational Pursuits'. Mmg cukup menarik. Saya melalui pelbagai pengalaman dan sehingga hari ini, bila saya teringat balik tentang final camp saya, saya mesti tersengih sendiri. Bermula dari final camp saya lah, timbul minat untuk menceburi bidang rekreasi. Ilmu yang diberikan oleh En. Hisyam Che Mat dan semua instructor yg terlibat, mmg saya gunakan sehingga ke hari ini. Semenjak saya jd instructor PERLU, saya sudah mengikut 6 kali final camp.
Antara sebab saya suka ke Final Camp ialah:-
  • Sebagai salah satu medium saya membalas jasa dan tunjuk ajar yg diberikan oleh En. Hisyam Che Mat dan Senior Instructors saya.
  • Sebagai salah satu tempat saya bertukar ilmu, pendapat dan malah belajar ilmu baru dengan instructors yang lain.
  • Di sinilah tempatnya di mana kita boleh tgk 'true colours' peserta dan dari situlah kita nilai mereka.
  • Sebagai salah satu tempat saya dapat berjumpa dan berkumpul dengan sahabat2 lama saya.

Dengan final camp juga, persahabatan baru terjalin. Saya tak kisah jika ada dikalangan peserta yang kata saya ni garang atau apa pun, yg penting, saya ikhlas mengajar mereka dan ada diantara peserta final camp yg masih contact saya dan kami menjadi kawan baik sehingga sekarang. Saya berharap, peserta final camp kali ini akan menjadi lebih baik dan patuh kepada semua arahan yg diberikan. Good Luck kepada semua peserta.

Tuesday, February 24, 2009

Nak Ikut Siapa Ni?....


Pening saya dibuatnyer. Sejak meeting semalam, saya asyik terfikir...saya ni nak ikut ckp siapa..Saya mcm terikat dengan keadaan. Kedua-duanya ada penting dan betulnya. Sesi meluahkan apa yg terbuku dihati semalam mmg betul2 buat saya terperanjat. Ada unit yg disebut, serta individu yang terkena 'batang hidung' sendiri. Rasa takut pun ada, kerana mungkin sampai tahap re-shuffle... Beberapa perkara lepas dibangkitkan dan saya rasa ada betulnya. Ada juga luahan yang saya rasa geram dan tak sepatutnya diluahkan dan perkara tersebut telah dijelaskan beberapa kali, tetapi mcm masih tak faham. Mungkin kerana rasa dirinya selalu betul dan selalu penuh dengan cadangan2 'bernas' tetapi sebenarnya...habuk pun tarak....Tapi mcm biasala, saya betul2 terikat dengan keadaan. Kusut rasaya fikiran saya ni. Takpela...sebagai langkah selamat, saya ikut sahaja. Selagi ia tidak menjejaskan kerja saya, saya ikut mana yang baik.

Tuesday, February 17, 2009

Perginya seorang sahabat...Al-Fatihah...

Saya dikejutkan dengan satu berita yang amat menyedihkan pada pagi td. Sahabat saya dari P.D, Azy, memberitahu saya bahawa sahabat kami, Afida Hamdan, telah kembali ke rahmahtullah pada pagi td. Arwah meninggal kerana diabetes dan sebelum itu, arwah koma selama 10 hari. Arwah sebaya saya. Arwah merupakan kawan sekolah menengah saya ketika di S.I.G.S, JB. Kami mmg rapat walaupun jarang berjumpa. SMS lah jd penghubung. Last sekali kami berjumpa adalah pada bulan Mei 2008 dan kali terakhir saya bercakap dengannya adalah pada bulan Dec 2008. Ketika itu, Arwah beriya-iya mengajak saya pulang ke J.B bersama, tetapi saya terpaksa menolak kerana ada urusan kerja. Itulah kali terakhir kami berbual. Arwah mmg seorg yang baik dan happy go lucky. Kami tidak pernah tahu tentang penyakit yang dihadapinya. Cuma yang saya tahu, dia ada penyakit lain, tetapi katanya sudah elok dan tak perlu dirisaukan. Rupa-rupanya, dirahsiakan dari pengetahuan kami semua.
Semoga ALLAH SWT, menempatkan Allahyarhamah Afida Bt. Hamdan dikalangan roh-roh org yang beriman dan solehah..Al-Fatihah...

Thursday, February 5, 2009

Sahabat...sahabat...sahabat..


Baru sebentar td saya berbual dengan sahabat saya dari shah alam melalui telefon. Kami selalu berhubung untuk bertanya khabar dan update ttg aktiviti2 yg baru. Sahabat saya tu, Mus namanya. Mus ni mukanya mirip adik bongsu saya. Walaupun kami jauh (BP - Shah Alam), tp oleh kerana dia sahabat saya, dengan apa cara sekalipun kami tetap berhubung. Bukan Mus sahaja yg saya selalu call, termasuklah PPT, Teamtact, Yasir, Ecah, Ustat, Angah, Che Sue, tracy, Cheq, Ejam, kak zie dan kalo nak listkan, mmg panjang. Sorry kepada sesiapa yg saya tak sebut nama. Semuanya sahabat saya. Mcm mana saya kenal mereka?...dari PERLU dan kerja....Ada yang pernah ikut final camp bersama saya, pernah jd participant saya, pernah kena marah dgn saya, pernah kena tinggal dengan saya ketika survival (sorry mus..heheh), pernah melalui suka dan duka bersama-sama. Tetapi kerana inginkan ilmu dan pengalaman, kami jd sahabat dan keluarga. Saya juga banyak belajar dengan mereka. Mereka banyak tahu ilmu2 baru dan tidak pernah lokek berkongsi ilmu dengan saya. Semasa di Shah Alam, saya selalu bersama mereka, lepak, buat program, kongsi ilmu dan share problem. Sehingga saya bertukar ke BP pun, mereka tidak pernah lupakan saya. Bila saya ada program di Shah Alam, pasti saya akan berjumpa dengan mereka. Walaupun sesibuk mana, saya pasti check blog mereka walaupun saya tak update blog saya, call mereka untuk bertanya khabar dan sebagainya.

Bagi saya, kesibukan berkerja dan jarak bukanlah alasan untuk tidak berhubung. Kekadang saya sedih gak bila dengar ada rakan yg taknak angkat telefon, sms tak balas dan tetiba jd halimunan. Satu hari nanti, bila dah kerja jauh ataupun tua, lagi akan rasa menyesal kerana tidak 'keep in touch' dengan sahabat2 kita. Tau2 je dah takda...Hargailah sahabat kita kerana mereka antara org yg terdekat dgn kita selain ahli keluarga dan mengeratkan silaturahin adalah antara perkara yg digalakkan di dalam Islam.

Tuesday, February 3, 2009

Mudah lupa

Kenapa dengan orang ni, bila susah, dia akan minta bantuan kita. Tetapi bila dia senang, dia akan lupakan jasa kita. Walaupun kita banyak tolong dia, sokong dan hormat kat dia, tetapi bila dia senang sikit je, terus dia lupakan apa pengorbanan kita. Org lain yang disanjungnya. Sabar je la. Allah s.w.t telah menunjukkan pe'el sebenar org itu kepada saya hari ini. Lepas ini, minta maaflah...saya hanya akan menganguk bila disuruh, diam bila ditanya pendapat. Tanyalah kepada org2 yg anda sanjung dan sudah tentu mereka lebih arif daripada saya kerana selama ini anda percaya kepada mereka.

Wednesday, January 28, 2009

Mentaliti lapuk

Pg td saya ada meeting tentang PKH. PKH ni adalah singkatan untuk 'Program Kepimpinan Harapan'. Program ini dijalankan setiap semester bagi mencari muka baru untuk Jawatankuasa Kolej disetiap kolej kediaman. PKH kali ini adalah yang kali pertama buat saya. Jadi, saya memang tak tahu apa pun mengenai program ini. Tetapi, setelah melihat pengisian program pada meeting td, saya tertanya sendiri. Pengisiannya kosong. Tiada apa yang menarik. Tetapi, setiap felo dan pengetua yang hadir 'bangga' dengan apa yang dibuat. Sememangnya bosan. Nasib baik felo saya bersetuju dengan saya. Dia berkata, pengisiannya mmg sama setiap semester dan pelajar sememangnya dapat agak apa yang akan berlaku. PKH kali ini akan dibuat di Pusat Rekreasi Tebing Tinggi, Segamat. Saya hanya mendiamkan diri sepanjang meeting dan hanya mendengar apa yang dibincangkan. Dipertengahan meeting, timbul isu aktiviti 'Kembara Malam'. Mereka memutuskan untuk mengeluarkannya dari tentatif kerana merasakan aktiviti tersebut tidak membawa apa2 kesan. Saya cuba mengutarakan cadangan untuk membuat 'Night Treasure Hunt', tapi ditolak mentah2 kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai cukup strenght dan pengalaman. Kalau nak buat juga, mereka akan sub kan kepada jurulatih di Tebing Tinggi tersebut. Duit lagi...Hmmmm...alasan. Saya boleh membantu sedikit jika mereka mahu. Tapi takpelah...nak buat macam mana, mereka lagi 'berpengalaman' dari saya. Kemudian, saya minta mereka sediakan 'First Aider' atau M.A untuk bantuan mula jika berlaku sesuatu kecemasan. Kita tak boleh agak apa yang akan berlaku sepanjang program. Tahu apa yang dijawabnya?...Kita tak perlukan semua tu, bawa sahaja kotak first aid dan pandai2 diaorang lah ubatkan diri sendiri. Ya Allah...boleh ke mcm tu. Kita bawa anak orang, bukannya anak kambing. Mereka juga akan melakukan aktiviti outdoor dan safety adalah penting. Pelikla hai. Takut saya bila memikirkannya. Setelah diteliti, program PKH ini adalah satu program team building je tetapi tiada pengisian. Akhirnya saya diam sahaja. Ikut je la apa yang dibincangkan.
Antara sebab kembara malam ditarik dari program adalah untuk mengelakkan dari perkara sumbang berlaku antara pelajar. Pelajar di sini yang ditangkap melakukan maksiat, bukan nya ketika berekreasi, tetapi ketika di hotel. Rekreasi ke tu? Kekadang, mentaliti org di sini ialah, rekreasi boleh menggalakkan maksiat. Boleh ke mcm tu? Pelik la. Muak saya mendengarnya. Sebenarnya, bagi saya, atas diri kita untuk menilai dan menjaga diri. Jika niat kita baik, baiklah jadinya dan sebaliknya. Bagi saya, rekreasi adalah salah satu medium untuk kita menikmati keindahan alam, menjaga dan menilai kehidupan. Ia juga mengajar kita untuk mengenali perangai manusia. Banyak baiknya apabila kita menceburkan diri kita dengan rekreasi. Saya bersyukur kerana diajar berekreasi dengan cara yang elok dari guru yang amat berpengalaman. Saya berharap mentaliti mereka dapat diubah pada satu hari nanti.

Tuesday, January 6, 2009

Pilihanraya Kampus


Demam pilihanraya kampus mula menular di UTHM. Bermula dari jam 3.oo ptg semalam, bermulalah kempen dan perang poster di kolej2 kediaman dan kampus UTHM. Tempoh berkempen akan berterusan sehingga jam 12.00 tghmalam pada 7 Januari 2009. Manakala election day nya akan berlangsung pada 8 Januari 2009. Kolej saya terlibat sebagai salah satu pusat pengundian. Banyak juga manifesto yang 'dijanjikan' oleh calon2. Kita tgkkan je la...jgn bila dah menang, mcm 'Kaduk naik junjung', janji ke mana dan syok sendiri aje...

Anyway, good luck kepada semua calon2 dan semoga berkempen dengan cara yang sihat......

Sunday, January 4, 2009

Urgent...Need help...

Salam kpd semua sahabat..
Saya nak minta tlg kpd semua, boleh tak yang mana mengenali saya, send contact no.hp anda kpd saya? Hp saya kena virus, semua no.hp hilang...,
No. hp saya 016-7970761
Send contact no.hp anda beserta nama k..
Terima kasih banyak2....

Friday, January 2, 2009

Another tough year ahead

Sepanjang tahun lepas, banyak benda yang berlaku kepada saya. Sama ada yang suka ataupun yang duka. Saya kehilangan pakcik (adik ayah, Allahyarham Mohd Yadzil B. Yahya) pada tahun lepas. Satu kehilangan yang membuatkan saya rasa bersalah sampai sekarang. Antara yang lain ialah, kesusahan saya untuk adapt hidup baru ditempat org, yang menyebabkan saya hampir2 berputus asa. Terpaksa berjauhan dengan rakan2. Tetapi saya bertuah dan bersyukur kerana keluarga dan sahabat2 banyak memberi sokongan. Ada beberapa perkara duka yang lain yang saya tidak nyatakan di sini. Mungkin kerana terlalu peribadi. Antara perkara suka pula ialah bapa saya berjaya membuka kedai makan bersama rakan kongsinya, masih berpeluang mengikut Final Camp dan banyak lagi. Saya berharap segala perancangan saya akan berjalan lancar untuk tahun 2009 dan seterusnya.
Ya ALLAH, Ya Tuhanku, Kau lancarkanlah segala urusan dan pekerjaan kedua ibu bapaku, adik2 ku, aku, guru2 ku, sahabat2ku serta saudara mara ku. Tabahkanlah hati kami dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran dari Mu. Amin..