Monday, September 15, 2008

Kipas

'Kan saya dah ckp kat awak dari first day lagi, tempat awak ni mmg 'hot seat' dan pegawai kat sini sblm awak masuk, mmg slow...itu lah bait-bait kata yang paling menyampah saya dengar dari mulut si 'K' ni. Bayangkanlah, first day lagi masa saya masuk sini, dia dah ckp benda yg sama. Hari ini pun, diulangi lagi perkataan yg sama. Saya hanya diam sahaja. Malas nak layan. Dia ni hanya pembantu sahaja, tetapi lagaknya seperti seorang pegawai. Suka hati je komen pasal org lain. 'Boot licker or kipas mengipas' ni mcm satu budaya di sini. Siapa kuat kipas, kerja dan hidupnya senang. Saya perasan benda ni dari hari pertama saya kerja. Td ada pemeriksaan dari Unit Perumahan dan berbagai teguran dibuat. Saya terima teguran yg diberikan tetapi yg tak sedapnya ialah suara yg menyampuk di belakang...tukang kipas. Saya mcm nak backhand je org tu. hahhaha. Sabar je la di bulan puasa ni. .. Bagi saya personally, budaya kipas mengipas ni adalah satu budaya yg tak elok dan satu perbuatan yg tak matang. Buat apa kita nak 'kipas' jikalau kita sudah melakukan kerja yg terbaik dan buat sehabis baik. Jika kita ikhlas, ALLAH swt pasti membalasnya dan org lain pasti nampak apa yg kita buat. Budaya kipas mengipas ni selalunya akan menjejaskan periuk nasi org lain dan org yg betul2 melakukan kerja akan menjadi mangsa keadaan akibat dari mulut atau perbuatan org yg tak bertanggungjawab. Kesian kepada org yg mempunyai keluarga dan anak2. Terpaksa menanggung penangan org lain.
Ya ALLAH Ya tuhan ku, Kau jauhkan org2 seperti ini dari ku, agar aku boleh menjalankan segala urusan ku dan kerjaku dengan tenang dan lancar. Kau lancarkanlah segala urusan, pekerjaan dan perjalanan hidup kedua ibu bapa ku, adik2 ku, aku, guru2 ku serta sahabat2 ku. Amin..

9 comments:

teamtact said...

salam rekreasi

nak pinjam siku ke...blh je...

moya said...

biasa la tu kak....nak hidup dah tak fikir lagi dah ape yang patut dan yang tak patut dilakukan......

Izzwan Salleh said...

Salam kak,
mmg cm2 kak..sy pn mluat gak ngn org yg kuat kipas nie..x profsnl la kn..hehe..tp mmg btul,org yg kuat kipas ni klu dkt ngn kte mmg mnyusahkn jew..klu pyh sgt lpas rye back hand jew,sbb bulan pose xley kn..hehe..

yazilahyazir said...

salam guys..
mmg ar..benda ni ada kat mana2 je. Pelik tau..tak bole ke keje je mcm biasa? ni tak, mesti nak kipas. kalo yg lagi advance, siap pakai air cond tu, full blast..hhahah. teamtact, takyah pinjam siku, akak pinjam awak terus..hahahha. just joking..anyway, thanks guys, for your support..

PPT said...

Is Ok is Alright.
Banyak lagi gerai menjual sate memerlukan kipas-kipas macam nie. Minta orang terbabit buat part-time bagi menambah pendapatan beliau.

Cheers...

Anonymous said...

salam...
sabar2 =)
rindu la kat akak...

yazilahyazir said...

salam ecah..
mmg banyak bersabar kat sini..
rindu kat ecah gak...hehehhe
rindu kat masakan ecah..
hahahha

Anonymous said...

salam..
hahaha ade ke rindu masakan ecah...
ecah rindu cucur ikan bilis tasik kenyir la.... =(
akak jom la g tot 10-12 okt. ni..

Anonymous said...

Amiable fill someone in on and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.